“Pakcik minta maaf” – Lelaki Menangis Di Kubur Dua Beradik Lemas Di Sungai Linggi

4 hours ago 5

Suasana hiba menyelubungi pengebumian dua beradik yang meninggal dunia selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Linggi, Tanjung Agas pada minggu lalu, apabila seorang lelaki dilihat menangis di pusara mereka semalam.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Ade Mos, 47, meluahkan rasa sedihnya kerana tidak dapat menyelamatkan dua beradik yang maut akibat lemas.

Pakcik minta maaf tak dapat selamatkan, pakcik cuba, tapi pakcik tak boleh,” katanya dalam nada sebak.

@sinarharianonline

‘Pakcik minta maaf tak dapat selamatkan’ – Lelaki menangis di kubur dua beradik “Pakcik minta maaf tak dapat selamatkan, pakcik cuba, tapi pakcik tak boleh.” Demikian luahan Ade Mos, 47, ketika menyaksikan pengebumian dua kanak-kanak yang meninggal dunia selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. Muzik: Dissolved In Loneliness – Veance D dari www.bensound.com Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. SinarHarian BeritaSemasa duaberadiklemas PD saksi

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Beliau yang merupakan bapa kepada seorang anak perempuan berusia 10 tahun tidak dapat membendung kesedihannya dan dilihat menangis tanpa henti dari awal jenazah dimasukkan ke liang lahad sehingga bacaan doa, seakan-akan wujud pertalian darah di antaranya dengan kanak-kanak berkenaan.

Artikel berkaitan: Tragedi Dua Beradik Lemas: Mahkamah Tinggi Syariah Seremban Sahkan Status Agama Mangsa

Artikel berkaitan: Wanita 41 Tahun Teman Wanita Bapa, Polis Kini Kesan Ibu Kandung Dua Beradik Lemas

Baru kenal dua beradik seminggu 

Menurut Sinar Harian, Ade memaklumkan yang dia baru seminggu mengenali dua beradik berkenaan dan meskipun ia pertemuan yang singkat, ia ternyata memberi kesan mendalam kepadanya.

Ade yang juga saksi kejadian memberitahu dia mengenali kanak-kanak itu semingu sebelum kejadian dan sering melihat keluarga mangsa di sungai tersebut untuk memancing serta pernah berbual dengan bapa mereka.

Dia juga mengakui lebih rapat dengan kanak-kanak perempuan itu kerana sikapnya yang petah berkata-kata dan ceria.

Kedua-dua arwah, terutama kanak-kanak perempuan itu, terlalu ceria dan membuatkan saya rasa dia sudah seperti anak kandung saya sendiri.

“Dia punya manja dan keletah itu membuatkan saya teringat-ingat. Disebabkan itulah walaupun perjumpaan saya dengan dia singkat, bagi saya ia sangat mendalam,” katanya.

546043749 1278059601028809 4128928452527455356 n.jpg

545699099 1278062194361883 6106929632193224970 n.jpg

Dalam pada itu, Ade juga meluahkan rasa terkilannya kerana gagal menyelamatkan dua beradik itu.

Menurutnya, sejak kejadian berlaku, dia sering tertanya-tanya bila kedua-duanya akan dikebumikan memandangkan timbul isu berkaitan status agama mereka.

Jadi bila saya dapat panggilan daripada seorang polis memaklumkan yang mangsa akan dikebumikan, saya tanpa berfikir panjang terus datang ke sini.

“Saya nak tengok mereka buat kali terakhir kerana saya dah rasa mereka macam anak sendiri, pada masa sama saya rasa ralat kerana tidak dapat menyelamatkan mereka,” katanya lagi.

Terdahulu, jenazah dua beradik berkenaan telah selamat dikebumikan kira-kira jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana, Port Dickson.

545895796 1278060001028769 7806405657098428066 n.jpg

Difahamkan bapa mangsa yang berusia 46 tahun yang kini direman turut dibawa polis ke tanah perkuburan namun hanya duduk di dalam kereta dan kemudian dibawa pergi sebelum jenazah selesai dikebumikan.

Sebelum ini, bapa mangsa juga dibawa ke hospital untuk melihat jenazah anak-anaknya buat kali terakhir.

Tiada waris atau ahli keluarga lain dilihat hadir semasa pengebumian itu, sebaliknya hanya penduduk kampung, anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) serta polis.

Sumber: Sinar Harian, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |