Baru-baru ini, tular sebuah video yang cukup menyentuh hati memaparkan seorang peminat istimewa Selangor FC, yang dikenali sebagai Adik Aqil, diberikan peluang keemasan untuk meluangkan masa bersama skuad Gergasi Merah di Stadium Merdeka.
Apa yang betul-betul mencuri perhatian netizen bukan setakat kehadiran Adik Aqil di tepi padang, tapi cara dia dilayan oleh barisan pemain dan barisan kejurulatihan Selangor FC yang memang power habis.
Dalam video yang dikongsikan, Adik Aqil dilihat sangat ceria ‘join’ sesi latihan dan nampak sangat bersungguh-sungguh buat regangan kaki dibantu oleh Safuwan Baharudin.
Artikel berkaitan: Faisal Halim Jumpa Peminat Selangor FC Selepas Tewas Dengan Persib Bandung
Artikel berkaitan: Kurang 100 Hari Dari Insiden Simbah Asid, Faisal Halim Kini Kembali Bermain Untuk Selangor FC
@selangorfcSeronok adik Aqil dapat join players 🙌 Nanti kita jumpa dekat Stadium MBPJ, Ahad ni👀 #HariLegasiMerahKuning
♬ original sound – Selangor FC – Selangor FC
Bukan itu sahaja, momen paling ‘mahal’ sudah tentulah apabila Adik Aqil berlari kegembiraan dan melakukan sambutan gol ikonik ‘Siuuu’ bersama bintang sensasi, Faisal Halim. Dapat dilihat keikhlasan di wajah Faisal atau lebih mesra dipanggil Mickey ketika melayan kerenah peminat cilik ini.
Kegembiraan Adik Aqil tak terhenti di situ saja bila dia turut mendapat pelukan erat daripada ketua jurulatih, Coach Kim Pan-gon dan beberapa pemain lain termasuk Ronnie Fernandez. Jelas terpancar sinar bahagia pada wajah Adik Aqil bila dapat berinteraksi rapat dengan idola-idola kesayangannya dalam suasana yang cukup santai di tengah padang.
Rata-rata netizen yang menonton video ini memuji tindakan pihak pengurusan Selangor FC yang sangat inklusif dan memberikan kenangan seumur hidup buat Adik Aqil.

Sumber: TikTok

13 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















