Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan bahawa sebuah video tular yang memaparkan tindakan melampau menghina agama Islam dengan memijak Al-Quran sebenarnya merupakan kejadian lama yang berlaku di Singapura pada tahun 2024.
Berdasarkan siasatan awal, individu yang terlibat merupakan warga negara jiran tersebut dan insiden itu dipercayai tidak berlaku di Malaysia.
Artikel berkaitan: Kamal Adli Berani Junjung Al-Quran, Bersumpah Tidak Pernah P*kul Isteri
Artikel berkaitan: Negara Bakal Cipta Rekod Baca Al-Quran Dari KL Sentral ke Hatyai Dalam Kereta Api Sempena MTHQA
Pihak MCMC kini sedang bekerjasama rapat dengan pengendali platform media sosial seperti Facebook, TikTok, dan Threads bagi menyekat penyebaran kandungan sensitif itu daripada terus diakses oleh pengguna di negara ini.

Langkah tegas ini diambil susulan aduan orang awam yang bimbang penularan semula video tersebut boleh mencetuskan kegusaran serta menggugat keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.
Sehubungan itu, MCMC memberi amaran bahawa sebarang tindakan menyebarkan kandungan yang menyentuh sensitiviti agama adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh berdepan tindakan undang-undang.
Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti berkongsi video berkenaan dan digesa menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kepada pihak polis atau melalui portal aduan rasmi MCMC di https://aduan.mcmc.gov.my.
Sumber: Kosmo!

13 hours ago
5






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















