Ft Um Jalankan Siasatan

Sejak semalam, tular apabila ada pihak mendedahkan bahawa salah seorang pensyarah kanan dari Universiti Malaya terlibat dalam gerakan Freemason.

Berikutan itu, pihak Universiti Malaysa (UM) tampil memberikan kenyataan terbuka berhubung dengan dakwaan yang tular tersebut.

Artikel berkaitan: Dituduh Dana Ditaja ‘Freemason’, Shuib Dedah Hasil Jualan Bubble Bee Cecah RM150 Juta

Artikel berkaitan: “Kenapa libatkan arwah isteri aku?” –  Shuib Bengang Kematian Siti Sarah Dikaitkan Dengan Freemason

Dalam satu kenyataan hari ini, UM memaklumkan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dalaman untuk mendapatkan gambaran secara menyeluruh mengenai isu itu. Pihaknya juga sedang meneliti perkara berkenaan secara adil, telus dan berlandaskan peruntukan undang-undang serta peraturan universiti yang berkuat kuasa.

“Orang ramai dinasihatkan agar memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan ini dan mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan, demi menjaga integriti siasatan serta privasi semua pihak yang terlibat.”

631671962 1350707653763923 3560559715388724071 N

Sekadar info, timbul dakwaan konspirasi bahawa Freemason ini merupakan satu pertubuhan rahsia, namun, berdasarkan laporan daripada Malaysiakini, Freemansory merupakan satu pertubuhan persaudaraan yang bersifat aman dan amal tanpa berlandaskan sebarang keagamaan, etnik mahupun politik.

Sumber : malaysiakini, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.