Syaz Ft 2026 03 05T165242.891

Fenomena ‘panic buying’ atau pembelian panik petrol kini mula dikesan di beberapa wilayah di Indonesia. Orang ramai dilihat berpusu-pusu memenuhi stesen minyak (SPBU) kerana bimbang bekalan bahan api itu akan terputus susulan ketegangan melampau di Timur Tengah.

Kebimbangan ini memuncak selepas serangan melibatkan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran. Rakyat khuatir Teheran akan bertindak balas dengan menutup Selat Hormuz, iaitu laluan utama dunia yang mengendalikan hampir 20% bekalan minyak global. Jika laluan ini ditutup, dunia bakal berdepan krisis tenaga yang sangat serius.

Artikel berkaitan: Rakyat Malaysia Boleh Semak Kelayakan Subsidi Petrol RON95 Mulai Hari Ini

Artikel berkaitan: Tular Jemaah Masjid Di Indonesia Ini Solat Dua Kiblat Berbeza

Sejak beberapa hari lalu, tular sebuah rakaman video di media sosial memaparkan suasana huru-hara di stesen minyak di Indonesia. Video tersebut menunjukkan barisan kenderaan yang sangat panjang, malah ada individu yang dilihat memborong petrol menggunakan jerikin (tong minyak) dalam kuantiti yang banyak.

Orang Indonesia tengah borong minyak petrol sebab terpengaruh dengan media sosial cakap minyak akan habis sebab situasi di Timur Tengah. Mudah sangat dia orang terpengaruh dengan media sosial. pic.twitter.com/nnxRz9IRZ9

— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) March 5, 2026

Khabar angin yang tersebar di media sosial mengatakan bekalan minyak akan habis dalam masa terdekat telah mencetuskan suasana cemas di kalangan penduduk tempatan.

Walau bagaimanapun, Menteri Tenaga dan Sumber Mineral (ESDM) Indonesia, Bahlil Lahadalia, tampil memberikan jaminan bahawa ketahanan stok minyak nasional mereka masih berada dalam keadaan terkawal.

“Stok minyak kita masih mencukupi untuk keperluan sekitar 20 hari,” jelas Bahlil pada Isnin (2/3).

Beliau meminta rakyat supaya bertenang dan tidak melakukan pembelian panik yang boleh menyebabkan gangguan bekalan di pasaran tempatan. Kerajaan Indonesia kini sedang memantau rapi situasi di Timur Tengah bagi memastikan kestabilan bekalan tenaga negara itu terus terjamin.

Sumber: CNN, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.