Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) baru-baru ini tampil mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menyangkal dakwaan yang tular di media sosial mengenai kononnya berlaku tindakan ‘boikot’ terhadap program berbuka puasa di masjid berkenaan.
Pengerusi Masjid At-Taqwa TTDI, Dato’ Mohd Fadzli Bin Yusof, menjelaskan bahawa gambaran yang diberikan melalui foto tular tersebut adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai. Beliau menegaskan bahawa foto berkenaan diambil pada jam 6.32 petang, sedangkan mengikut kelaziman, para jemaah hanya mula memenuhi ruang masjid dan dewan makan bermula jam 7.00 petang bagi persiapan berbuka puasa secara berjemaah.
Artikel berkaitan: Masjid Al Muhajirin Sediakan Jaket Elak Gangguan Visual Ketika Solat
Artikel berkaitan: Tular Jemaah Masjid Di Indonesia Ini Solat Dua Kiblat Berbeza
“Rekod kehadiran jemaah di masjid kami sepanjang bulan Ramadan ini kekal memberangsangkan dengan anggaran antara 800 hingga 1,000 orang pada setiap hari.
Malah, pihak urusetia sering berdepan situasi di mana jumlah jemaah yang hadir melebihi jangkaan asal, sehingga memaksa kami membuat pesanan makanan tambahan bagi memastikan kebajikan semua pihak terjaga,” katanya.
Bagi mengukuhkan lagi penjelasan tersebut, pihak masjid turut berkongsi pelbagai inisiatif murni yang dijalankan sepanjang bulan mulia ini. Selain menyediakan juadah di premis masjid, mereka juga aktif menjalankan program agihan makanan di Stesen MRT TTDI serta menyediakan khidmat penghantaran makanan terus ke rumah bagi ahli kariah yang uzur. Komitmen ini disokong dengan peruntukan dana sebanyak RM450,000 yang dikhaskan untuk program berbuka puasa, moreh, dan sahur.
Selain fokus kepada ibadah, masjid ini turut berusaha menarik minat golongan muda melalui aktiviti kemasyarakatan yang dinamik seperti penyediaan zon kanak-kanak serta penganjuran pertandingan e-sukan dan karom. Pihak masjid menegaskan bahawa segala urusan pentadbiran dijalankan dengan telus mengikut garis panduan pihak berkuasa agama.
“Kami menyeru agar semua pihak mengelakkan spekulasi yang boleh mencemarkan imej institusi agama. Marilah kita jadikan Ramadan ini sebagai medan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta merai kepelbagaian dalam menyemai kesatuan dalam titik persamaan,” katanya lagi.
Isu ini mula mendapat perhatian ramai selepas sebuah hantaran di aplikasi Threads memaparkan suasana dewan makan yang kelihatan lengang pada waktu awal petang, sekali gus menimbulkan spekulasi negatif dalam kalangan netizen.
Sumber: Facebook

16 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















