Seorang pelancong warga United Kingdom berdepan pertuduhan di Dubai selepas didakwa berkongsi rakaman video berkaitan serangan peluru berpandu ketika konflik di Asia Barat baru-baru ini.
Lelaki berusia 60 tahun itu dituduh melanggar undang-undang jenayah siber di Emiriah Arab Bersatu kerana didakwa menyebarkan kandungan yang dianggap boleh menimbulkan kekeliruan atau menjejaskan keselamatan awam.
Kes berkenaan didedahkan oleh kumpulan kempen Detained in Dubai yang memaklumkan lelaki tersebut sebenarnya telah memadamkan video berkenaan daripada telefonnya selepas diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa dan tidak berniat untuk melanggar undang-undang.

Ketua eksekutif kumpulan itu, Radha Stirling, berkata pertuduhan di bawah undang-undang jenayah siber negara tersebut boleh dikenakan bukan sahaja terhadap individu yang memuat naik kandungan asal, malah terhadap sesiapa yang berkongsi semula, mengulas atau menyebarkannya di media sosial.
Menurut Detained in Dubai, pelancong Britain berkenaan merupakan antara 21 individu yang didakwa berkaitan penyebaran video dan hantaran media sosial mengenai serangan peluru berpandu yang berlaku susulan konflik serantau. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman sehingga dua tahun penjara.
Sumber: Astro Awani

16 hours ago
11













![“Ada 24 cucu, ini no 25” – [VIDEO] Ramai Tumpang Terharu Tengok Makcik India Bagi Maruku Untuk 2 Beranak Buka Puasa](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/03/ft-patti.jpg)

















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















