Seorang aktivis kebajikan terkenal, Abbe Hae menerusi hantaran di Facebook baru-baru ini mendedahkan dia telah ‘menyelamatkan’ seorang warga emas lelaki yang uzur, didakwa telah dikurung oleh anaknya sendiri di dalam sebuah rumah di Pasir Mas, Kelantan.
Dalam perkongsian itu, dipaparkan Abbe Hae dan beberapa individu telah datang ke rumah yang ditempati warga emas berkenaan, Pak Mail setelah dibuka oleh seseorang yang didakwa ahli keluarganya.


Setelah masuk ke bilik warga emas itu, Abbe Hae telah meluahkan rasa sedihnya dengan keadaan Pak Mail yang dilihat tidak terurus dan terbaring di atas lantai tanah.
Bilik itu juga dilihat berada dalam keadaan kotor dan penuh dengan sampah sarap serta perabot yang rosak.
Artikel berkaitan: Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Longkang Oleh Remaja Ketika Buang Sampah
Artikel berkaitan: Warga Emas Melecur Hampir Seluruh Badan Selepas Gas Dalam Rumah Meletup
Pak Mail dibawa ke hospital, anak hubungi Abbe Hae
Dalam hantaran berkenaan juga, Abbe Hae menjelaskan bahawa dia telah membawa warga emas itu ke hospital, namun sekitar jam 10 malam semalam, dia dihubungi oleh seorang doktor yang memaklumkan waris Pak Mail (anak) ingin mengambil warga emas itu pulang.
Kata si polan pada Abbe, dia akan jaga bapa dia elok-elok dan dah pun kemaskan bilik yang baik untuk bapanya di dalam rumah sendiri.
“Dia akan tempatkan bapanya di bilik anak perempuannya dan anak perempuanya akan ditempatkan di bilik lain. Pak Mail sepatutnya pagi ini Abbe hantarkan ke rumah penjagaan warga tua swasta di sekitar Kota Bharu,” tulisnya.
Abbe Hae juga memaklumkan bahawa beliau akan berhubung dengan pihak yang diberi kuasa oleh kerajaan untuk sentiasa melihat dan memantau keadaan Pak Mail.
Dia juga memberi peringatan buat keluarga warga emas itu dengan mengatakan Allah SWT melihat dan mengetahui apa yang mereka lakukan kepada warga emas berkenaan.
Dalam pada itu, rata-rata di ruang komen meluahkan rasa sedih melihat keadaan Pak Mail, namun ada juga berpendapat sebaiknya netizen mendengar kisah daripada kedua-dua belah pihak sebelum memberikan sebarang pandangan.

13 hours ago
7





![[VIDEO] Akhirnya Rebah! Lebih 40 Individu Berjaya ‘Tumbangkan’ Pokok Tualang Kebal Di Gua Musang](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/02/syaz-ft-2026-02-06T122058.933.png)

























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















