Pernah terjebak dalam kancah d*dah semasa usia muda, pemuda yang dikenali sebagai Izzad Daniel ini rasa terpanggil untuk memberikan info tentang d*dah jenis sintetik (Pi*ow Pi*ow) memandangkan terdapat isu hangat sedang tular yang melibatkan d*dah jenis sintetik ini.
Biarpun tidak dapat menjelaskan secara terperinci terhadap kesan untuk d*dah jenis ini, Izzad menceritakan pengalamannya semasa mengambil d*dah sintetik flavour mushroom atau lebih dikenali sebagai Pedem.
Artikel berkaitan: Ada Rekod Dadah, Ibu 21 Tahun Disyaki D*ra Anak Kandung Berusia 5 Tahun Hingga Parah
Artikel berkaitan: Ada Rekod Dadah, Ibu 21 Tahun Disyaki D*ra Anak Kandung Berusia 5 Tahun Hingga Parah
4 kali masuk wad, ada kawan meninggal dunia depan mata
Izzad mengatakan bahawa harga untuk Piaow Piaow ini dijual sekitar RM200 hingga RM250 jika dibandingkan dengan ‘Mushroom’ yang dijual di dalam botol 10 ML yang harganya sekitar RM100 ke RM150. Seperti yang diperkatakan, biarpun tiada pengalaman dengan Piaow Piaow, Izzad yakin ia memberikan kesan yang sangat bahaya.

Semasa Izzad mengambil pedem, dia pernah dikejarkan ke hospital sebannyak 4 kali dan ia membuatkan dirinya rasa menyesal sehingga kini. Lebih perit lagi, ada rakannnya yang meninggal dunia di depan mata dan ada juga meninggal dunia semasa memandu dalam keadaan pening disebabkan ‘Mushroom’ ini.
“Saya tak pernah ada pengalaman dengan hisap piaow piaow ni. Saya cuma ada pengalaman dengan flavour mushroom. 4 kali saya dimasukkan ke hospital disebabkan flavour mushroom dan sampai sekarang sangat menyesal dan cukup anti dengan dadah sintetik ni.
“Ada di antara kawan saya yang meninggal depan mata dan ada juga meninggal disebabkan memandu dalam keadaan pening disebabkan mushroom.”

Biarpun tidak pernah merasai Piaow Piaow, Izzad meluahkan yang dirinya cukup takut apabila ada anak muda yang terlibat dengann d*dah sintetik kerana kesannya membawa risiko tinggi.
Oleh itu, Izzad memohon kepada ibu bapa untuk tidak membiarkan anak-anak mereka mencuba vape kerana ia boleh mempengaruhi mereka untuk mencuba d*dah jenis sintetik ini.

Sumber : Threads

3 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















