Pada 25 April lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar telah mengumumkan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berkuat kuasa hari ini (13 Mei 2026).
Pelantikan ini telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersembahkan cadangan pelantikan kepada baginda.
Siapa Abdul Halim Aman?
Pelantikan baharu ini ternyata mendapat perhatian ramai dan sudah pastinya ada di kalangan netizen ingin mengetahui dengan lebih lanjut siapa Datuk Seri Abdul Halim yang menggantikan Tan Sri Azam Baki yang sudah menamatkan perkhidmatannya semalam.

Abdul Halim Aman telah dilahirkan pada 10 Mac 1957 di Kampung Alai, Melaka dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1982.
Beliau kemudian melanjutkan pengajian Sarjana Undang-undang di University of Hull pada tahun 1966.
Artikel berkaitan: Mana Sikana Dinobat Sebagai Sasterawan Negara Ke-16
Artikel berkaitan: Perginya Seorang Ikon Seni, Kenali Sosok Di Sebalik Nama Jalil Hamid
Menurut Laporan Tahunan Badan Kehakiman Malaysia 2023, Abdul Halim telah memulakan kerjaya dalam bidang perkhidmatan kehakiman dan perundangan pada tahun 1982 dan berkhidmat dalam pebagai jawatan penting selama lebih 20 tahun.
Berikut antara jawatan yang pernah disandang beliau:
- Majistret di Kluang
- Hakim Mahkamah Sesyen di Sabah dan Kuala Lumpur
- Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan
- Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
- Timbalan Pendakwa Raya
- Hakim Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Shah Alam
Abdul Halim kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 2007 dan berkhidmat di Shah Alam sehingga persaraan wajibnya pada tahun 2023.
Kes berprofil tinggi yang pernah dikendalikannya
Antara kes berprofil tinggi yang pernah dikendalikan beliau ialah pertuduhan rasuah terhadap bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Abdul Hannan Alang Endut.
Abdul Halim juga pernah mengendalikan kes rayuan sabitan terhadap ahli politik dan penceramah, Wan Ji Wan Hussin kerana menerbitkan perkataan menghasut dan menghina Sultan Selangor.
Menurut Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, kerajaan yakin pengalaman luas serta integriti tinggi Abdul Halim mampu memperkukuh tadbir urus, meningkatkan keyakinan rakyat dan memperhebat usaha membanteras rasuah dalam negara.
Sumber: Sinar Daily, NST

8 hours ago
15































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















