Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berdepan detik cemas apabila dia dikurung, didera serta dipercayai diliwat individu tidak dikenali di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning, Shah Alam.
Memetik laporan portal tempatan, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.05 pagi Isnin apabila suspek dilihat mendekati mangsa dan berjalan bersama berdasarkan semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol, berkata siasatan mendapati suspek dipercayai memperdaya mangsa dengan menawarkan untuk membelanja remaja terbabit pakej Internet telefon bimbit jika membantu lelaki berkenaan untuk mengangkat barang di rumahnya.
Artikel berkaitan: “Si pelaku bebas di luar” – Anak Jadi Mangsa Liwat Ustaz 2 Tahun Lepas, Ibu Tuntut Keadilan
Artikel berkaitan: Calon UPSR Diliwat, Dicampak Lelaki OKU

Diikat, dikurung selama 3 jam
Mangsa kemudiannya telah diikat kaki dan tangan sebelum mangsa disyaki diliwat oleh suspek. Namun semasa dikurung serta ditinggalkan berseorangan dalam rumah itu, dia berjaya membuka ikatan.
“Mangsa berjaya membuka ikatan dan menjerit meminta bantuan melalui tingkap bilik rumah sebelum diselamatkan jiran berhampiran yang seterusnya menghubungi polis,” katanya.
Tambahnya lagi, mangsa dipercayai dikurung kira-kira tiga jam sebelum berjaya diselamatkan jiran berdekatan.
Setakat ini, polis memaklumkan suspek kejadian sudah dikenal pasti dan usaha mengesan sedang giat dijalankan.
Sementara itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengawasi anak-anak agar lebih berwaspada dan tidak mendekati orang yang tidak dikenali supaya tidak terpedaya daripada berlakunya perkara tidak diingini.
Sumber: Berita Harian

8 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















