Nres Ft 1

Malaysia terus mengorak langkah ke arah ekonomi hijau apabila Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menerima kunjungan delegasi US-ASEAN Business Council (USABC) bagi memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan sektor swasta. 

Pertemuan yang dipengerusikan YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup itu memberi fokus kepada Rang Undang-Undang Perubahan Iklim (RUUPIN) dan Dasar Pasaran Karbon Negara (DPKK) yang bakal menjadi tunjang baharu tadbir urus iklim Malaysia.

Nres 3

Menurut YB Menteri, Malaysia kekal komited mencapai sasaran pelepasan gas rumah hijau (GHG) sifar bersih seawal tahun 2050, manakala RUUPIN dijadual dibentangkan di Parlimen pada Jun 2026.

Nres 2

Delegasi USABC pula secara rasmi telah menyatakan sokongan penuh terhadap usaha kerajaan dan menyifatkan RUUPIN sebagai langkah penting yang mampu memberi keyakinan kepada pelabur antarabangsa.

Artikel berkaitan: Malaysia & India Perkukuh Kerjasama Strategik Dalam Pemuliharaan Biodiversiti Global Dan Pembangunan Industri Mineral Kritikal (REE)

Artikel berkaitan: “Bawa mereka pulang!” – Menteri Besar Pahang & NRES Gesa Zoo Taiping Bawa Dara, Amoi & Kelat Pulang

Antara perkara utama yang dibincangkan:

  • Malaysia disaran memainkan peranan peneraju polisi karbon ASEAN
  • hasil cukai karbon dicadang disalurkan kepada projek konservasi dan teknologi hijau
  • sesi libat urus bersama sektor swasta akan terus diperkukuh

Nres 1

Delegasi itu turut melibatkan 22 syarikat antarabangsa termasuk IBM, Micron dan Boeing yang menyatakan kesediaan membantu Malaysia dalam transisi hijau negara.

Dalam masa sama, NRES dan Malaysia Green Tech & Climaye Change Corporation (MGTC) turut mempelawa syarikat ahli USABC menyertai International Greeentech & Eco Products Exhibition & Conference (IGEM 2026) pada Oktober depan bagi meneroka peluang pelaburan teknologi rendah karbon di Malaysia.

Sumber: NRES

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.