Isu terkini mengenai abang kepada pempengaruh Siti Jamumall iaitu Abiejam dilihat menjadi sorotan di media sosial sejak minggu lalu.
Isu mengenai tuntutan hutang RM15,000 yang dibuat oleh Abiejam terhadap Azar Azmi sejak 6 tahun lalu dibangkitkan selepas nama bekas pelakon itu mula menjadi tumpuan orang ramai.
Artikel berkaitan: “Hutang tetap hutang”- Abang Siti Jamumall Tuntut Azar Azmi Bayar RM15,000
Artikel berkaitan: Kasihan Lihat Telefon Retak Seribu, DSV Diam-diam Belanja Azar Azmi iPhone 17 Pro Max
Oleh sebab itu, baru-baru ini, Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahuddin ada tampil memberikan kenyataan berhubung dengan isu tersebut meenrusi satu sesi live bersama usahawan Dato’ Seri Vida (DSV).
Katanya, tuntutan itu dibuat selepas mengakui dirinya terdesak, di samping mendedahkan yang Jamumall ditutup. Dalam video tersebut, DSV turut mempersoal semula tindakan Abiejam yang seolah-olah ‘mengheret’ nama Azar Azmi dalam masalahnya selepas mengetahui pelakon tersebut mempunyai wang.
Abiejam mengatakan bahawa kenyataan yang diberikan itu sudah lama dan ia dikeluarkan sebelum mendapat tahu khabar berita bahawa Azar Azmi menerima sejumlah wang hasil kerjasama dengan usahawan Dato’ Aliff Syukri menjual produknya.
Sebelum ini, Abiejam ada membuat laporan polis terhadap 3 orang bekas pekerjanya iaitu penasihat undang-undang, penasihat kewangan dan bekas pengurus berhubung dakwaan pecah amanah yang membuatkan syarikatnya mengalami kerugian RM 2 juta.
Sumber: Threads

4 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)









![[VIDEO] Wanita Warga Asing Didakwa Sudah Setahun ‘Berumah’ Di KLIA, Ramai Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/setahun-duduk-klia.png)








