Pihak Restoran Terharu, Ramai Mahu Jumpa Dicky Lepas Tular Kisah Dibantu Abang Minyak Hitam Jalanan

4 hours ago 5

Lelaki bernama Dicky Yau menjadi sorotan di media sosial susulan tular kisahnya yang berada dalam kesulitan dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan, baru-baru ini.

Sikap jujur Dicky yang menolak sumbangan selepas orang ramai mendapat tahu kesukaran hidup yang dihadapinya ketika ini membuatkan ramai lagi yang ingin memberi sokongan kepadanya.

@minyakhitamjalanan_

Cerita malam tadi, hari ini aku balik wal sebab hujan lebat sgt² & aku tak dapat nak berniaga di taman kota Damansara, dalam pukol 12.30malam dapat call dari abg cina ni.. Abg cina: hai bos, saya dapat nombor abg dari tiktok, tadi saya ade call nombor pomen lain dia tak layan saya, sampai dia block nombor saya, ni saya call abg, nak mintak tolong rantai motor saya putus & spoket depan hilang, abg blh tolong ke saya.. 🧑🏻‍🔧: hai bos, saya sudah balik bos, cube bos bagi location & gambar, kalau dekat insyaallah saya blh tolong.. Abg cina: baik² kajap saya hantar dekat abg.. ” Dia hantar location & gambar, aku tgok takde la jauh sgt la, tapi dah nak pukol 1pagi ni, aku cube bukak harga” 🧑🏻‍🔧: bos saya blh datang tapi mahal sikit la, spoket depan 25 rantai 80 upah 40 blh ke? Abg cina: kalau 80 tak dapat ke abg? Saya ade 80 je.. 🧑🏻‍🔧: tak dapat bos, sebab dah malam sgt ni bos.. itu la gji saya.. Abg cina: okkk boleh la abg, saya tunggu sini.. saya dah tak tahu nak buat ape lagi ni abg.. ” Aku pun sampai je dekat dia, borak² la dgn dia, dia pinjam duit kawan dia dulu.. lepas tu aku pun dah siap kjer, dia nak byr aku tgok dlm hp dia ade duit cukup² untuk dia je” ” Dalam hati aku, mungkin dia btl² memerlukan, aku pakai la duit infaq untuk dia 😊, Mase dia peluk aku korg jgn Tye la 🥹 aku mmg tak blh tahan dah 😭, setiap manusia pasti ade dugaan & cerita sendiri, semoga abg cina ni kuat & semangat amin” #fyp #masukberandafypシ #alhamdulillah

♬ original sound – romiez – romiez

Perkara ini dimaklumkan oleh majikan Dicky, yang berasa terharu dengan sokongan orang ramai terhadap pekerjanya.

Difahamkan, Dicky merupakan seorang bapa tunggal yang sanggup merantau dari Sabah ke ibu kota untuk mencari rezeki.

Menerusi satu hantaran di media sosial, pihak restoran Galah Gala Seafood Restaurant mengatakan Dicky merupakan seorang pekerja yang sangat rajin dan sentiasa bekerja keras.

Pada masa yang sama, pihaknya turut berterima kasih abang Minyak Hitam Jalanan yang telah membantu pekerjanya ketika dalam kesulitan.

Artikel berkaitan: “Hari ni saya tolong abang, esok Allah tolong saya” – Mekanik Dipuji Baiki Motosikal Keluarga Kecil Pukul 1 Pagi

Artikel berkaitan: “Hanya ajal pisahkan kami” – Luahan Suami Jaga Isteri Lawan Kanser Buat Ramai Sebak

Dalam pada itu, pihaknya telah mempelawa orang ramai untuk datang ke premis mereka dan berjanji akan memberikan layanan serta menghidangkan makanan terbaik.

Menjengah ke ruangan komen, netizen mengatakan mereka berasa sebak setiap kali melihat video yang tular memaparkan Dicky dan Abang Minyak Hitam Jalanan itu.

Malah ada yang mencadangkan Dicky untuk dinaikkan pangkat atau diberikan bonus atas kerja yang dilakukan.

Netizen juga berharap pihak majikan menghargai dan menjaga pekerja seperti Dicky yang tulus keperibadiannya.

Screenshot 2026 04 20 132639 Screenshot 2026 04 20 132648 Screenshot 2026 04 20 132701 Screenshot 2026 04 20 132724

Terdahulu, tular video seorang pemuda berada dalam kesukaran apabila motosikal miliknya mengalami masalah sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Orang ramai yang menonton video itu berasa terharu dengan tindakan Abang Minyak Hitam Jalanan yang enggan menerima bayaran selepas melihat baki wang yang ada di akaun Dicky.

Dicky yang terlihat sebak sempat bersalaman dan memeluk individu yang membantunya sebelum membuat siaran langsung di TikTok menceritakan apa yang berlaku.

Dia memaklumkan setiap kiriman gift yang diterima sewaktu bersiaran langsung akan diberikan kepada Abang Minyak Hitam Jalanan supaya individu terbabit akan dapat membantu lebih ramai orang lain.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |