Gangguan sistem bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 April lalu akhirnya dikenal pasti berpunca daripada gangguan bekalan elektrik di pencawang Bukit Raja, yang menjejaskan operasi di KLIA Terminal 1.
Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia, Dato Seri Jana Santhiran Muniayan memaklumkan, insiden yang berlaku sekitar jam 4.54 petang itu menyebabkan penurunan voltan hingga menjejaskan sistem Sistem Pengendalian Bagasi (BHS), sekali gus menjejaskan pengendalian bagasi ketibaan dan pelepasan.

Walaupun dilengkapi sistem sokongan Uninterruptible Power Supply (UPS), enam unit turut terjejas, mendedahkan kelemahan pada daya tahan sistem sedia ada.
Dalam tempoh gangguan antara jam 5 petang hingga 10.30 malam, sebanyak 23,769 bagasi diproses, dengan 1,061 bagasi telah dilaporkan sebagai shortshipped dan 120 lagi dilaporkan hilang semasa ketibaan.

Artikel berkaitan: “Tiada unsur luc*h”- Seluar Lelaki Terlondeh Di KLIA2, Rupanya Ia Terlondeh Secara Tidak Sengaja
Artikel berkaitan: ‘Scam’ Terbaru Di KLIA: Wanita Berpakaian Kemas Mengemis, Guna Alasan Kehabisan Wang Di Kasino
Bagaimanapun, sebahagian besar bagasi telah berjaya diserahkan semula kepada pemilik, manakala jadual penerbangan kekal berjalan seperti biasa tanpa sebarang kelewatan atau pembatalan.
Susulan itu, Ketua Setiausaha MOT mempengerusikan mesyuarat kecemasan bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) serta syarikat penerbangan bagi menilai punca dan tindakan lanjut.

Dalam masa sama, MAHB mengaktifkan pelan kesinambungan operasi dengan melaksanakan prosedur manual serta menambah tenaga kerja bagi mengawal keadaan.
MOT kini mengarahkan penambahbaikan menyeluruh terhadap sistem pengendalian bagasi di KLIA bagi memastikan insiden sama tidak berulang.
Sumber: MOT

4 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)









![[VIDEO] Wanita Warga Asing Didakwa Sudah Setahun ‘Berumah’ Di KLIA, Ramai Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/setahun-duduk-klia.png)








