Ketakutan kira-kira 300 penduduk Kampung Padang Ping, Dungun, Terengganu di sini akhirnya berakhir selepas seekor beruang matahari jantan yang menceroboh dusun durian mereka berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) semalam.
Haiwan liar seberat 70 kilogram itu, yang mencetuskan keresahan penduduk sejak Isnin lalu, dikesan memasuki perangkap yang dipasang pihak Perhilitan kira-kira pukul 3 pagi.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Padang Ping, Nik Othman Nik Omar berkata, beruang matahari itu didakwa telah menceroboh dusun durian penduduk.
Artikel berkaitan: 13 Orang Terkorban Akibat Serangan Beruang, Jepun Galakkan Bekas Polis Dan Tentera Ambil Lesen Memburu
Artikel berkaitan: Beruang Makan Buah Berlebihan, Terpaksa Dibawa Ke Veterinar Kerana Sakit Perut

“Banyak buah durian yang luruh dimakan haiwan liar itu dalam tempoh dua hari ini. Ia juga menyebabkan kami ketakutan untuk masuk dusun bagi mengutip durian mereka,” katanya.
Nik Othman berkata, penduduk Kampung Padang Ping, lega apabila Perhilitan dapat menangkap beruang matahari terbabit selepas aduan dilakukan.
Begitupun katanya, mereka tetap berjaga-jaga memandangkan sudah tiga kali perkampungan tersebut diceroboh beruang matahari sejak awal tahun ini.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu, Dennis Ten Choon Yung mengesahkan beruang matahari seberat 70 kilogram itu berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan.
Pihaknya percaya haiwan tersebut telah tersesat dari hutan simpan berhampiran dan anggota Perhilitan Daerah Dungun sudah pun membawanya untuk proses pemindahan ke habitat yang lebih sesuai.
Sumber: Kosmo!

8 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















