Ft Rocky

Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas satu pertuduhan memelihara anjing tanpa lesen yang sah. Pemilik anjing yang bernama Rocky iaitu S Roghini Devi, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, A Karthiyayini.

Menurut pertuduhan, Roghini tersebut didakwa memelihara seekor anjing yang melebihi umur 3 bulan tanpa lesen sah yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Klang di hadapan sebuah rumah di Jalan Sama Gagah, Taman Teluk Gedung Indah, Klang Selatan, di sini pada jam 10.50 malam pada 29 Julai lalu.

Artikel berkaitan : Pertuduhan Kes Kematian Rocky Diadakan Esok, Polis Nasihat Jangan Buat Perhimpunan

Artikel berkaitan : Shah Nafi Cederakan Anjing Rocky, Peguam Sedia Saman Individu & Portal Sebar Fitnah

Pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing Majlis Perbandaran Klang 2007 di mana dia berdepan dengan hukuman denda yang tidak melebihi RM 2,000 atau penjara tidak maksimum satu tahun atau kedua-dua, jika sabit kesalahan.

Screenshot 2026 08 20 122203

Sebelum ini Roghini telah didakwa atas satu pertuduhan menarik Rocky hingga menyebabkan kesakitan terhadap haiwan itu pada 3 minggu lalu.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.