Kajian yang dijalankan oleh Kearney terhadap hampir seribu rakyat Malaysia yang menggunakan TikTok setiap minggu mendapati majoriti responden memperoleh manfaat daripada platform penemuan global tersebut dari segi pendidikan, penghargaan budaya, jalinan komuniti, dan kesejahteraan diri.
Dapatan kajian tersebut menyerlahkan bagaimana impak ketara para pencipta kandungan tempatan menjangkau seluruh komuniti TikTok yang lebih luas.
Sebanyak 85% responden menyatakan bahawa TikTok dapat membantu menjadikan pembelajaran lebih mudah diperoleh, manakala 72% menyatakan bahawa platform ini menyokong peningkatan diri serta kemahiran bagi perkembangan kerjaya dan akademik.

Fathi Hussein (@mathsanova), seorang pencipta kandungan TikTok tempatan dan guru tuisyen dari Cheras yang mengubah topik matematik kompleks kepada kandungan menghiburkan, menegaskan: “Pendidikan adalah milik semua orang dan perlu melangkaui bilik darjah fizikal. Apabila kita menjadikan sebuah topik pembelajaran seronok dan inklusif, kita menyemarakkan minat untuk belajar sepanjang hayat, bukan sekadar untuk lulus peperiksaan. Kemakmuran bersama yang sebenar bermula apabila ilmu dapat diakses oleh semua orang, tanpa mengira latar belakang sosioekonomi atau geografi.”
Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim (@sir_asai), seorang guru Bahasa Inggeris berpengalaman melebihi 25 tahun yang menjadi tumpuan di TikTok menerusi tutorial sebutan yang santai dan bermanfaat, turut berkata: “Pembelajaran tidak sepatutnya membosankan. Jutaan rakyat Malaysia yang menonton untuk belajar secara sukarela membuktikan bahawa apabila pendidikan disampaikan secara menghiburkan dan mudah didekati, kita mampu memartabatkan seluruh komuniti melalui perkongsian ilmu.”
Ku Sim Ling (@professionalbimbo), yang dikenali di TikTok sebagai Aunty HR, menambah: “Selepas 20 tahun berada dalam industri penyelesaian tenaga kerja, banyak perkara yang telah saya pelajari dan saya harap dapat diketahui oleh lebih ramai pekerja. Platform digital memberikan saya ruang untuk berkongsi pengetahuan tersebut kepada komuniti yang lebih luas menerusi pendekatan praktikal. Amat penting untuk memahami hak anda sebagai pekerja mahupun majikan sekiranya anda ingin membuat keputusan yang lebih baik di tempat kerja.”
Kajian ini turut mendapati bahawa 84% responden percaya TikTok membantu menghubungkan pelbagai budaya, manakala 65% bersetuju bahawa platform ini memupuk rasa kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia serta menggalakkan penglibatan komuniti tempatan.

Chin Pui Ting (@deadpudds), yang lebih dikenali sebagai Pudds di TikTok dan menerbitkan siri kandungan Mystical Malaysia bagi memelihara warisan negara serta memupuk keharmonian silang budaya, menekankan: “Memahami adalah langkah pertama ke arah penghargaan. Melalui TikTok, saya berharap dapat menjadikan kepelbagaian budaya dan tradisi Malaysia lebih mudah diakses, menggalakkan orang ramai melihat melangkaui apa yang mereka tahu dan pelajari tentang komuniti di sekeliling mereka. Apabila kita meluangkan masa untuk memahami perbezaan kita, kita boleh membina penghargaan yang lebih besar untuk satu sama lain”.
Hubungan pelbagai budaya ini turut berkembang ke dalam ekonomi tempatan menerusi usahawan tempatan seperti Nur Farrah Diba Azhar (@farrahdibakuihbakul) dan Haniesah Lai Binti Abdullah (@mamacahkitchen), yang menjadikan sajian tradisional Cina lebih inklusif dengan menawarkan variasi mesra Muslim bagi nian gao (kuih bakul) dan bak chang di TikTok Shop.
Di samping itu, Muhammad Azamudeen bin Mohammad Nasir (@azamuddeennasir), penyelidik berasal dari Pekan yang sedang melanjutkan pengajian peringkat PhD dalam bidang Ekologi dan Genetik Ikan Paya Gambut serta aktif berkongsi minat terhadap alam semula jadi dan sains di TikTok, berkata: “Komuniti dalam talian kini telah berkembang jauh melangkaui hiburan semata-mata. Platform digital turut menjadi saluran penting bagi wacana awam dan kemajuan sosial. Matlamat saya di TikTok adalah untuk memupuk penghayatan yang lebih mendalam dalam kalangan komuniti tempatan terhadap keunikan biodiversiti tropika Malaysia. Apabila lebih ramai rakyat Malaysia berminat terhadap usaha pemuliharaan flora dan fauna, kita dapat melindungi warisan semula jadi negara dengan lebih baik demi generasi akan datang.”
Turut begitu, Roshinee Mookaiah (@roshineemookaiah), seorang aktivis hak asasi manusia dan pengasas Mekar Kami, juga memanfaatkan ruang dalam talian untuk memperjuangkan penglibatan sivik menerusi pengemukaan petisyen ‘Dilarang Ponteng Parlimen’ di TikTok yang berjaya mengumpulkan 1,475 tandatangan.
Kajian tersebut turut merekodkan 79% responden menggunakan TikTok untuk meneroka hobi dan 77% memanfaatkan platform ini untuk membantu mengurus tekanan.

Ashley Chin (@hyeminkiim_), atlet luncur ais kebangsaan dan pemenang dua pingat emas Sukan SEA yang mempromosikan sukan menerusi kandungan berunsur inspirasi, menegaskan: “Sukan dan hobi ialah kaedah yang sihat untuk menyatukan masyarakat. Perkongsian perjalanan dan latihan saya di TikTok membolehkan sukan ini menjangkau khalayak yang lebih luas, sekali gus berpotensi mencetuskan semangat kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk kekal aktif. Badan cergas, otak cerdas.”
Ramai pencipta kandungan tempatan lain turut berpeluang untuk meneroka hobi kreatif dan menzahirkan minat mereka secara dalam talian, termasuk Jelly Belly (@jellybelyyy), Mohamad Arif Ameerais Azhar (@ameerais), dan Yumi (@jo.ppc1231), yang telah menukarkan bakat nyanyian serta muzik mereka kepada sumber pendapatan yang mampan menerusi TikTok LIVE.
Pada masa yang sama, organisasi kesihatan mental di TikTok seperti The Inner Lynk (@theinnerlynk), MIASA Malaysia (@miasa.malaysia) dan Sage Centre (@thesagecentre), membuktikan bahawa kandungan digital juga boleh menjadi wadah kebaikan menerusi perkongsian tip kesejahteraan diri serta pengurusan tekanan.
Gia G. Kon, seorang kaunselor bertauliah merangkap Pengarah Urusan The Inner Lynk, menegaskan: “Disebabkan stigma, sesi terapi kadangkala dianggap sukar diperoleh oleh ramai orang. Apabila kita berbincang secara terbuka mengenai kesihatan mental, kita memecahkan kesunyian akibat pengasingan diri dan mendemokrasikan sokongan emosi. Melalui komuniti dalam talian kami yang kian berkembang di TikTok, kami berharap lebih ramai individu tidak lagi berasa keseorangan dan tidak takut untuk mendapatkan bantuan.”
Kajian yang dijalankan oleh Kearney ini mengumpulkan maklum balas daripada 1,003 rakyat Malaysia merangkumi pelbagai peringkat umur antara 18 hingga melebihi 60 tahun, yang terdiri daripada 59% responden wanita dan 41% responden lelaki. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 990 orang menggunakan TikTok sekurang-kurangnya seminggu sekali.

8 hours ago
5






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















