Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 sekali lagi menghidangkan aksi penuh drama dan emosi apabila pertarungan pentas akhir acara Muay Thai kategori wanita (42-45kg) menampilkan persaingan cukup sengit antara wakil Sarawak dan Johor.
Perlawanan yang menyaksikan pertembungan antara Emylia Mia Ghazali (Sarawak) dan Damia Husna Azian (Johor) itu berakhir dengan kemenangan tipis keputusan 34-33 menyebelahi wakil Sarawak, sekali gus meragut tumpuan netizen di media sosial.
Artikel berkaitan: SUKMA: Jurulatih Sofbol Lelaki Terengganu Meninggal Dunia
Artikel berkaitan: “Dalam ring berlawan, luar berkawan” – Telatah Atlet Sukma Pelbagai Negeri Berseronok Buat Orang Ramai Tersengih
Pertarungan Sengit Hingga Saat Akhir
Sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan, suasana di dalam gelanggang bertukar hiba dan penuh emosi.
Kekalahan dengan selisih hanya satu mata itu nyata memberi tamparan emosi yang cukup mendalam buat kem Johor. Atlet muda berkenaan kelihatan tidak dapat menahan rasa ralat dan kekecewaan selepas bertarung habis-habisan sepanjang tiga pusingan.
Reaksi spontan dan luahan emosi atlet Johor di atas ring sejurus keputusan diumumkan turut menyentuh hati para penonton yang hadir serta netizen yang menyaksikan klip video perlawanan berkenaan.
Netizen Puji Semangat Juang Kedua-Dua Atlet
Menjengah ke ruang komen media sosial, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan sokongan moral kepada kedua-dua atlet berkenaan.

Walaupun timbul pelbagai pandangan dari sudut teknikal dan keputusan perlawanan, apa yang pasti kedua-dua bakat muda ini telah membuktikan mutu persembahan luar biasa demi membawa nama negeri masing-masing.
Sumber: Threads

17 hours ago
16































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















