Nres Ft

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menerima kunjungan delegasi Republik India yang diketuai oleh TYT B.N. Reddy, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia bagi membincangkan kerjasama strategik antara kedua-dua negara.

Kunjungan yang dihoskan oleh Timbalan Menteri NRES, YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh itu berfokuskan perbincangan penglibatan Malaysia sebagai ahli pengasas International Big Cat Alliance (IBCA), termasuk usaha pemuliharaan Harimau Malaya. Malaysia juga dijadual menyertai 1st IBCA Summit di New Delhi pada 1 Jun 2026 bagi memuktamadkan Delhi Declaration berkaitan pemuliharaan spesies kucing besar.

Ad21A093 C54C 4682 A4Ad 4F0F6Cd04C63

NRES turut memaklumkan bahawa Malaysia berjaya mencapai 100% KPI penguatkuasaan biodiversiti menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dengan nilai sitaan hidupan liar mencecah RM413.1 juta sejak tahun 2019.

Artikel berkaitan: “Bawa mereka pulang!” – Menteri Besar Pahang & NRES Gesa Zoo Taiping Bawa Dara, Amoi & Kelat Pulang

Artikel berkaitan: “Gajah pun tahu bau orang kita!” – Netizen Sayu Tengok Dara, Amoi & Kelat Berhenti Bila Nama Dipanggil Pelancong Malaysia

Selain itu, NRES turut menyatakan minat untuk bekerjasama dengan India dalam industri Unsur Nadir Bumi (REE), termasuk mempelajari teknologi pemprosesan dan pembangunan tenaga pakar tempatan melalui kepakaran Indian Rare Earths Limited (IREL).

D23D4091 7053 43Fa B3Cd 49C23B742C38

Dalam sektor teknologi hijau pula, India turut dipelawa menyertai International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2026 yang bakal berlangsung pada Oktober depan.

Pertemuan itu turut menyentuh kerjasama berkaitan biodiversiti, perubahan iklim dan usaha memperkukuh rantaian bekalan mineral secara mampan demi kepentingan kedua-dua negara.

Sumber: NRES 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.