Syaz Ft 2026 05 05T143657.883

Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Itulah gambaran tepat bagi tindakan seorang lelaki yang bukan sahaja sanggup membelasah isterinya yang sedang hamil sehingga keguguran, malah tergamak menanam janin tersebut secara sembunyi di sebuah tanah perkuburan, awal bulan lalu.

Segala-galanya mula terbongkar apabila suspek berusia 43 tahun itu membawa pihak polis ke kawasan perkuburan Masjid Al-Ghufran pada 30 April lalu. Di situ, dia menunjukkan lokasi janin daripada kandungan isterinya ditanam, malah mendakwa mangsa turut berada bersamanya ketika proses itu dilakukan.

Artikel berkaitan: “Air matanya menitik” – Adik Kongsi Jahidah Nampak Lega Selepas Diberitahu Rosmaini Dijatuhkan Hukuman

Artikel berkaitan: Rayuan Ditolak, Bekas Suami Jahidah Jalani Hukuman Penjara 14 Tahun

Whatsapp Image 2026 05 05 At 12.50.44 Pm

Walau bagaimanapun, hasil penggalian oleh pasukan forensik menemui sesuatu yang meruntun hati. Janin yang dicari rupa-rupanya ditemui dalam keadaan yang sudah tidak sempurna.

“Pasukan forensik mendapati ia bukan dalam bentuk janin yang sempurna, sebaliknya dalam bentuk tisu kering,” kata Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah.

Pihak berkuasa kini sedang menunggu laporan daripada Jabatan Kimia untuk mengesahkan sama ada tisu kering tersebut adalah sel manusia. Jika keputusannya positif, satu lagi kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran.

Rekod Lampau Yang Menggerunkan

Umum mengetahui, suspek “sejarah hitam” yang sangat ganas. Dia baru sahaja dihantar ke penjara selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara maksimum 14 tahun kerana mencederakan bekas isterinya dalam kes terdahulu. Selain penjara, dia turut diperintah membayar pampasan sebanyak RM25,000 kepada bekas isterinya itu.

Dalam kejadian terbaru di Ambangan Heights ini, suspek dipercayai menggunakan senjata seperti besi dan penyangkut baju untuk memukul isterinya yang berusia 39 tahun. Akibatnya, mangsa yang merupakan seorang penjawat awam mengalami cedera parah dan terpaksa menerima rawatan lanjut di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Suspek dijangka akan dituduh di Mahkamah Sungai Petani pada Khamis ini di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata berbahaya.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.