Pasangan suami isteri dilaporkan maut selepas motosikal yang dinaiki dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang disyaki mabuk di Jalan Ampang, berhampiran Menara Great Eastern awal pagi Sabtu.
Menurut sumber, dalam insiden pada 5.34 pagi itu, mangsa lelaki berusia 61 tahun dan isterinya, 56, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu lelaki tempatan berusia 24 tahun hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang motosikal mangsa jenis Honda Wave Alpha.
Dalam pada itu, pemandu kereta terbabit turut membawa dua penumpang juga mengalami kecederaan.
“Pemandu disyaki mabuk tetapi masih menerima rawatan di HKL. Polis sudah mengambil sampel darah dan air kencing untuk dihantar ke Jabatan Kimia.
“Penumpang belakang iaitu lelaki berusia 24 tahun luka di bibir dan lidah serta dibenarkan pulang. Dia juga hadir membuat laporan polis serta dirakam percakapan pada hari kejadian bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel berkaitan: “Seorang m*ut” – Pegawai Tentera Disyaki Mabuk Rempuh E-Hailing Punca Lebuh Raya MEX Sesak Teruk
Artikel berkaitan: Kes Rempuh Penunggang Maut: Pemandu Positif Alkohol, D*dah Direman 4 Hari
Keluarga tuntut pembelaan
Sementara itu, keluarga pasangan suami isteri maut yang pilu dengan insiden yang berlaku menuntut pembelaan.
Keluarga mangsa menasihati orang ramai supaya tidak memandu di bawah pengaruh alkohol kerana tindakan berbahaya itu akan meningkatkan risiko kemalangan serius.
“Kami tuntut keadilan. Dan kami merayu kepada semua orang, tolong berhenti minum dan memandu.
“Fikir sebelum memandu kerana di luar sana ada yang sedang menunggu orang tersayang pulang.”
Difahamkan, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai atau saksi kejadian boleh tampil menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran.
Sumber: Berita Harian

6 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















