Mb Selangor Ft

Selangor kini melangkah ke hadapan dalam sektor tenaga boleh baharu dengan pembukaan pusat kompetensi kenderaan elektrik (EV) dan solar pertama negara di Shah Alam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pusat kompetensi itu diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Sustainable Energy Development Authority (SEDA).

686921606 1543859033766109 5750856135930804926 N

Menurutnya, penubuhan pusat latihan kenderaan elektrik (EV), Autotronics Centre of Excellence (Autotronics) ini bukan sahaja mengukuhkan agenda TVET hijau negara, malah membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam sektor teknologi hijau.

“Inisiatif ini mampu membuka peluang kepada anak muda untuk meningkatkan taraf hidup melalui kemahiran teknikal yang relevan dengan keperluan industri,” katanya.

687693621 1543858957099450 384731287711101872 N

Tambah beliau, pembangunan tenaga kerja mahir amat penting kerana teknologi canggih sahaja tidak mencukupi tanpa tenaga kerja yang mampu mengendalikan dan menyelenggarakannya.

Artikel berkaitan: Mengapa TVET & STEM Adalah ‘Jantung’ Industri Masa Depan Negara

Artikel berkaitan: TVET Kekal Di Bawah 12 Kementerian, Penyelarasan Diperkasa

Dalam majlis sama, Yayasan Mahir Malaysia dan kerajaan negeri turut menyediakan sokongan kewangan kepada pelatih sebanyak:

  • RM100,000 bagi golongan B40 dan M40
  • RM100,000 sumbangan tambahan kepada pelajar layak yang menyertai program

689017218 1543859050432774 7297280010931523350 N

Dalam usaha menyokong peralihan tenaga negara, Selangor menyasarkan untuk menjadi hab teknologi bersih serantau, selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Pusat Autotronics yang beroperasi di Subang 2, Shah Alam dilengkapi fasiliti moden seperti:

  • Makmal kenderaan elektrik dan hibrid
  • Makmal sistem solar fotovoltaik (PV)
  • Kemudahan diagnostik bateri EV

687020224 1543859040432775 7916759731623653893 N

Setakat ini, pusat berkenaan telah melahirkan:

  • Lebih 1,000 graduan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang EV
  • Lebih 1,500 juruteknik bertauliah di bawah Institute of the Motor Industry (IMI), United Kingdom

Kejayaan ini turut didorong kerjasama antara sektor awam dan swasta termasuk Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam membangunkan tenaga kerja masa depan.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.