Pmo Ft 2

Isu harga barang dan kos sara hidup dijangka akan kembali jadi fokus apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan perkara itu bakal dibawa ke kabinet.

Isu ini dibangkitkan bagi meneliti semula dan mencari kaedah yang lebih efisien dalam mengurangkan beban rakyat.

Screenshot 2026 05 04 At 11.04.03 Am 2

Menurut beliau, walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan dalam menangani isu tersebut, maklum balas yang diterima kurang memberangsangkan kerana masih ada  segelintir peniaga kecil masih menunjukkan rungutan.

Artikel berkaitan: Mengharungi Gelombang Krisis Bekalan Global, Strategi Berfasa Malaysia Membina Ketahanan Ekonomi

Artikel berkaitan: “Setiap krisis beri kesan kepada pengangkutan” – Anwar Tekankan Kecekapan Sektor Pengangkutan

Screenshot 2026 05 04 At 11.10.22 Am

“Jumaat lalu saya makan di sebuah warung di Rawang, saya bertanya kakak yang mengendali kedai, dia kata okay niaga, bagus tapi ada masalah sikit, setiap minggu ada kenaikan sedikit (harga bekalan barangan),” kata Anwar pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Tambah Anwar, kenaikan harga kecil yang berlaku secara berterusan itu memberi impak yang besar terutamanya terhadap peniaga kecil, justeru beliau akan membawa perkara tersebut ke mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.