Pempengaruh dan usahawan sensasi, Sajat meluahkan rasa sedih kerana terlalu rindukan anak angkatnya lebih-lebih lagi apabila megetahui bahawa anak angkat lelakinya itu kini terlibat dalam kemalangan.
Menerusi Instagram miliknya, Sajat yang kini sedang menetap di Australia mengatakan dirinya dalam keadaan tidak tenang mengenangkan nasib anak angkatnya itu.
Artikel berkaitan: 4 Pembida ‘Bertarung’, Banglo Sajat Akhirnya Terjual Dengan Harga RM3.73 Juta
Artikel berkaitan: “Bila jatuh sakit, betapa sunyinya hidup ni” – Sajat Terlantar Di Hospital, Alami Batuk Kering Selama 2 Minggu
“Rindu nak peluk” – Sajat
Dalam hantaran tersebut Sajat turut kepilkan gambar tangkap layar mesej WhatsApp antaranya bersama seorang lagi anak angkatnya itu. Dalam perbualan tersebut, ia memperlihatkan gambar kepala anak itu berjahit dan baru sahaja menjalani pembedehan.

Sajat meluahkan bahawa hatinya risau dan tidak mampu buat apa-apa kerana berjauhan, dia juga berharap dapat memeluk anaknya. Namun, apa yang hanya mampu dilakukan hanyalah berdoa.
“Umi tak tahu nak cakap macam mana. Umi tengah jauh dan masih bekerja sekarang ni, tapi dari semalam sampai hari ni Umi tak boleh tidur. Fikiran Umi asyik teringatkan abang yang jauh dari Umi. Umi tak sangka semua ni berlaku dengan begitu cepat. Hati Umi memang risau sangat.”
“Umi harap abang cepat sihat. Umi sentiasa doakan yang terbaik untuk abang. Umi rindu sangat nak peluk abang… dah lama tak dapat jumpa, lagi-lagi bila jadi macam ni, Umi rasa sangat sedih.”
“Bila dapat tahu abang sakit, jatuh, accident… Umi rasa macam tak mampu buat apa-apa selain berdoa. Itu saja yang Umi mampu sekarang.”
Sekadar info, sebelum ini, Sajat meluahkan bahawa dirinya gembira menetap di Australia dan tidak terfikir untuk pulang ke Malaysia memandangkan segala aset dan harta miliknya telah dilelong.
Sumber : Instagram, Harian Metro

5 hours ago
4































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















