Ft Dr Fie Ibu

Bekas ibu mentua penyanyi Nubhan iaitu Dr Zailah Zainudin menitipkan doa susulan pemfailan komital yang dibuat oleh penyanyi tersebut terhadap anaknya yang didakwa telah melanggar perintah mahkamah.

Menerusi Istagram miliknya, Dr Zailah mendoakan agar anaknya itu dilindungi daripada segala niat jahat manusia dan memohon agar segala urusan Dr Afifah Tawfek (Dr Fie) dipermudahkan.

Artikel berkaitan: “Tuntut harta & sign RM 5 juta” – Nubhan Dedahkan Punca Ceraikan Dr Fie

Artikel berkaitan: “Tolong fikir kesan mental saya & anak-anak” – Dr Fie Rayu Nubhan Pertimbang Semula Tindakan Di Mahkamah

“Mohon doakan anakanda saya kuat dengan ujian ini. Ya Allah lindungilah anakku daripada segala niat jahat, daripada pandangan yang dengki, dan daripada segala kejahatan yang tersembunyi mahupun yang nyata.. aaaminn Robbi Yassir.”

Dalam pada itu, sebagai ibu, Dr Zailah turut meluahkan rasa sedih apabila ada pihak cuba ‘memenjarakan’ anaknya namun beliau anggap bahawa ia adalah ujian buat mereka sekeluarga.

“Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya. Rasa terkilan pun ada.. tapi saya percaya ini ujian buat kami sekeluarga.”

“Yang mengenali saya… Semua tahu diawal-awal dulu memang Dr Zailah menentang keras namun akhirnya akur dengan nasihat suami, maklumlah mak-mak ni risau sebab anak tengah belajar di Mesir baru tahun 3. Namun alhamdulillah akhirnya saya terima dengan ikhlas. “

Sebelum ini, Nubhan ada memfailkan komital terhadap bekas isterinya, Dr Fie yang didakwa melanggar perintah mahkamah. Oleh itu, Dr Fie meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan bekas suaminya itu.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kemudiannya menetapkan 10 Ogos depan sebagai tarikh bagi prosiding kedua bagi membolehkan Dr Fie selaku defendan untuk memfailkan afidavit pembelaan berhubung dakwaan tersebut.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.