Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan penambahbaikan baharu terhadap Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan bagi perkhidmatan aplikasi kandungan seperti televisyen dan radio ke seluruh negara.
Langkah ini melibatkan semua penyedia perkhidmatan aplikasi kandungan Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (Content Applications Service Providers, CASP), termasuk:
- penyiaran televisyen bebas ke udara (Free-To-Air)
- penyiaran televisyen berasaskan langganan dan
- penyiaran radio terestrial dengan sebanyak 34 penyedia aktif tertakluk di bawah standard baharu tersebut.

MCMC memaklumkan, penambahbaikan itu memberi fokus kepada kualiti perkhidmatan sebenar yang diterima pengguna, termasuk aspek kestabilan perkhidmatan, pemantauan prestasi dan pengendalian aduan pelanggan yang lebih cepat dan berkesan.
Antara perubahan utama:
- aduan pelanggan perlu diselesaikan dalam tempoh lebih jelas
- pemantauan prestasi perkhidmatan diperkukuh
- CASP perlu simpan rekod lengkap sekurang-kurangnya dua tahun
- MCMC boleh menjalankan audit serta menerbitkan laporan prestasi penyedia perkhidmatan
Artikel berkaitan: MCMC Siasat Tiga Individu Sebar Berita Palsu Tarif Elektrik
Artikel berkaitan: “Tiada kompromi terhadap pengh*naan agama” – MCMC Buru Individu P*jak Al-Quran Selepas Tular Di Threads
Standard baharu ini turut diperluaskan kepada perkhidmatan berasaskan langganan dan bukan langganan, selain memperkenalkan keperluan tadbir urus dan pelaporan yang lebih ketat.

Menurut MCMC, langkah ini bertujuan memastikan gangguan perkhidmatan dapat ditangani lebih pantas, sekali gus meningkatkan pengalaman pengguna serta memperkukuh ketelusan dalam industri komunikasi dan multimedia negara.

3 hours ago
4






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















