Murid lelaki Tahun Lima yang terjatuh dari bumbung garaj basikal sebuah sekolah rendah di Batu Berendam pada Rabu bukanlah mangsa buli, tetapi akibat tindakan sendiri.
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas.
Difahamkan, budak lelaki terbabit dipercayai bertindak membaling kasut seorang murid lain sehingga tersangkut di atas bumbung garaj basikal sebelum cuba mengambil semula kasut tersebut dengan memanjat bumbung berkenaan.

Bagaimanapun, selepas mangsa berjaya mengambil kasut itu, dia cuba memanjat semula tembok koridor namun dipercayai hilang imbangan lalu tergelincir sebelum terjatuh.
“Siasatan mendapati semasa mangsa cuba memanjat semula ke tingkat satu bangunan sekolah, bahagian bumbung yang dipijak telah patah menyebabkan mangsa terjatuh ke bawah.
“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kaki kanan. Mangsa diberikan bantuan kecemasan oleh pihak sekolah sebelum dihantar ke Hospital Melaka dan kemudiannya dipindahkan ke hospital swasta untuk rawatan lanjut,” katanya.
Artikel berkaitan: Tantrum Ditegur Guru Kerana Bawa Handphone, Pelajar Tingkatan 5 Jat*h Bangunan
Artikel berkaitan: “Kalau hang m*ti pun biar ja la” — Roblox Punya Pasal, Budak Sekolah Rendah Paksa Kawan Buat ‘Misi’ Bahaya
Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan mengalami keretakan kecil pada pergelangan kaki kanan.
Pada masa sama, polis menyatakan siasatan yang dijalankan bersama pasukan siasatan jenayah, forensik dan saksi mendapati kejadian berlaku akibat kemalangan sendiri.
“Mangsa turut mengesahkan tiada sebarang unsur buli, penganiayaan atau pengabaian berlaku sebelum atau semasa kejadian,” katanya.
Sumber: Sinar Harian

6 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















