“Tak perlu panik” – KKM Jelaskan Isu Virus Kapal Persiaran, Dedah Status Terkini 2 Kru Singapura

1 hour ago 5

Isu penularan Hantavirus yang berpunca daripada sebuah kapal persiaran antarabangsa baru-baru ini memang buat ramai yang mula rasa risau. Mana tidaknya, dengar cerita virus ni bukan biasa-biasa dan boleh membawa maut!

Terbaharu, Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Dzulkefly Ahmad menerusi media sosial miliknya tampil memberikan kenyataan rasmi bagi menjelaskan situasi sebenar demi ketenangan rakyat Malaysia.

Artikel berkaitan: 2 Penduduk Singapura Jalani Ujian Saringan Hantavirus, Sekurang-kurangnya 8 Kes Dikesan Setakat Ini

Artikel berkaitan: 3 M*ut Akibat Wabak Hantavirus Di Kapal Persiaran, PHM Kongsi Cara Bersihkan Najis Tikus

Rakyat Malaysia Selamat, 2 Kru Singapura Negatif

Berita baik untuk kita semua! Dr Dzulkefly memberi jaminan bahawa tiada rakyat Malaysia yang berada di dalam kapal persiaran tersebut semasa kejadian berlaku.

Malah, hasil komunikasi langsung KKM dengan pihak berkuasa Singapura pagi tadi turut mengesahkan dua kru kapal warganegara mereka yang sebelum ini disyaki, kini telah diuji negatif Hantavirus.

“Situasi ini amat terkawal dan tidak melibatkan rakyat kita, namun KKM akan terus memantau rapi perkembangan wabak ini di peringkat global dan serantau,” katanya.

Kadar Kematian Tinggi, Boleh Mencecah 40%!

Walaupun kita boleh menarik nafas lega, Dr Dzulkefly mengingatkan masyarakat supaya tidak memandang remeh jangkitan ini.

Virus ini merebak kepada manusia melalui udara yang tercemar dengan sisa kotoran, air kencing, atau air liur haiwan perosak tersebut. Apa yang lebih menakutkan:

  • Komplikasi Maut: Boleh menyebabkan Sindrom Paru-paru Hantavirus (HPS).
  • Kadar Kematian: Boleh mencecah sehingga 30 ke 40 peratus!
  • Tiada Penawar: Buat masa ini, tiada ubat antivirus khusus atau vaksin untuk merawatnya.

Kebersihan Paling Penting

Memandangkan tiada ubat khusus, Dr Dzulkefly menggesa rakyat supaya menjadikan langkah pencegahan sebagai “perisai” utama. KKM meminta orang ramai untuk tidak panik tetapi sentiasa memastikan kebersihan kediaman dan premis kerja terjaga daripada ancaman tikus.

“Langkah pencegahan dan kawalan kendiri adalah perisai pertahanan kita yang paling ampuh. Rakyat mesti kekal berwaspada,” tulisnya.

Hantavirus sebenarnya bukanlah virus baharu kerana ia mula dikesan secara meluas sejak zaman Perang Korea pada 1950-an lagi, malah namanya diambil sempena Sungai Hantan di Korea Selatan.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |