“Saya memang tidak tahu apa-apa” – Tular Dakwaan Bekas Suami Ditahan Kerana D*dah, Diana Danielle Doakan Yang Terbaik

14 hours ago 7

Pelakon Diana Danielle menegaskan dirinya tidak mengetahui sebarang maklumat berhubung dakwaan yang mengaitkan bekas suaminya, Farid Kamil, dengan laporan penahanan seorang aktor popular yang disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah baru-baru ini.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Farid dan berharap hubungan mereka sebagai ibu bapa dapat terus berjalan dengan baik demi anak-anak walaupun telah berpisah.

Artikel berkaitan: “Anak-anak perlukan ibu dan ayah” – Walaupun Berpisah, Diana Danielle Galakkan Farid Jumpa Anak

Artikel berkaitan: “Dalam bulan Ramadan penuh berkah ini semuanya selesai” –  Farid Kamil & Diana Danielle Sah Bercerai

“Okay, sebenarnya, saya ditanya wartawan beberapa hari lalu, tetapi, saya memang tidak tahu apa-apa. Apa yang saya boleh cakap, saya doakan yang terbaik. Saya doakan semoga kita semua, saya dan dia dapat orang kata ‘co-parenting’ dengan baik.

Itu saya punya matlamatlah. Apa yang boleh saya katakan, saya mendoakan yang terbaik untuknya (bekas suami). Saya mahukan yang terbaik buatnya. Saya sentiasa mahu dia berjaya dan terus maju dalam hidup,” katanya.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson berkata, kebajikan serta masa depan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap keputusan yang diambil.

Dianadanielle0 Scaled 1

“Apabila kita sama-sama dapat membesarkan anak dengan baik, akan jadi perkara yang baik untuk anak-anak. Jadi, saya pun tidak boleh hendak komen dengan lebih lanjut sebab saya pun tidak tahu apa yang berlaku.

Tetapi, disebabkan saya ditanya, saya hanya jawab saya tidak tahu. Kalau apa-apa pun, saya harap semua itu tidak betul,” katanya.

Mengulas mengenai kehadiran Farid melawat anak mereka, Muhammad, yang sedang menerima rawatan di hospital, Diana memaklumkan bahawa Farid tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

“Iya, sudah tentu dia melawat. Mereka sangat rapat. Setiap hujung minggu dan hari bekerja pun mereka akan berjumpa. Anak-anak dengan dia memang sangat rapat. Hubungan itu masih sama dan anak-anak pun tidak boleh hidup tanpa dia.

Saya sangat mahukan hubungan baik ini diteruskan. Saya akan sentiasa menyokong perjalanan mereka bersama. Membesar dengan bapa adalah perkara yang sangat bermakna bagi saya,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan membabitkan penahanan seorang pelakon lelaki yang disyaki terlibat dalam kes dadah, minggu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, kertas siasatan telah disiapkan dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum beberapa arahan tambahan diberikan untuk melengkapkan siasatan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |