Kpdn Ft

Sindiket penyelewengan diesel kini dikesan menggunakan ‘runner’ yang dilengkapi kad fleet untuk membeli bahan api terkawal di kaunter stesen minyak, sebelum dipindahkan ke lori yang telah diubah suai bagi menyimpan diesel dalam kuantiti yang banyak.

Taktik ini terbongkar dalam operasi baru-baru ini di sebuah stesen minyak di Sungai Besi yang menahan sebuah lori tiga tan. Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur, Mohd Sabri Seman, sindiket ini menunjukkan perubahan modus operandi di mana ahli sindiket menyerahkan urusan kepada ‘runner’ bagi mengelakkan dikesan.

Kpdn Logo

“Mereka kini menggunakan ejen atau ‘runner’ untuk berurusan di kaunter, manakala mereka pula menunggu di pam untuk mengisi diesel ke dalam lori yang telah diubah suai” katanya.

Artikel berkaitan: “Kami legal, kami ada suami Malaysia” – Wanita Indonesia Merayu, Mahu Nikmati BUDI95

Artikel berkaitan: “Bukan minyak habis…” – Stesen Minyak Didakwa Enggan Jual Diesel, KPDN Ambil Tindakan

Pemeriksaan mendapati lori tersebut dilengkapi tiga tangki tambahan berkapasiti 1,000 liter setiap satu, dengan jumlah maksimum 3,000 liter dan anggaran kerugian subsidi sekitar RM12,000. Ketika serbuan, kira-kira 1,500 liter diesel telah pun diisi ke dalam tangki itu yang dipercayai untuk kegunaan jentera berat dan lori yang tidak layak menerima subsidi atau sudah melebihi kuota. 

Siasatan awal mendapati lori itu dipercayai dari Seremban dan telah mengisi minyak di beberapa stesen sebelum ditahan, manakala ‘runner’ yang terlibat sempat melarikan diri menggunakan kenderaan berasingan.

Kes ini disiasat mengikut Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Bekalan, dengan pesalah boleh didenda RM1 juta, penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekalu jika disabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.