Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok menunjukkan gelagat pelancong Malaysia yang gigih memanggil nama tiga ekor gajah Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) Dara, Amoi, dan Kelat ketika melawat Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.
Paling menyentuh hati, gajah-gajah tersebut seolah-olah faham dan terus menoleh sebaik sahaja mendengar nama mereka dipanggil dalam loghat Malaysia. Macam tahu-tahu je ‘orang kampung’ datang melawat!
Artikel berkaitan: PERHILITAN Nafi Jual 19 Gajah, Hanya Dipindah Untuk Tujuan Konservasi
Artikel berkaitan: Malaysia Hantar 3 Ekor Gajah Ke Jepun Sebagai Usaha Mantapkan Program Konservasi Dan Pembiakan
@qasehdeeyana2Replying to @jannazainal87
♬ original sound – Deeyana | AINAA Beauty – Deeyana | AINAA Beauty
Walau bagaimanapun, sebelum ini, ramai netizen mula bimbang melihat keadaan fizikal dan habitat gajah tersebut yang didakwa agak teruk di sana. Menjawab isu ini, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching menegaskan bahawa Dara, Amoi, dan Kelat bukan dijual.

Status mereka difahamkan kekal milik Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) di bawah program ‘Sister Zoo’ untuk tujuan konservasi. Pihak zoo di Jepun juga wajib menghantar laporan berkala dan dipantau rapi mengikut permit CITES bagi memastikan kebajikan “anak-anak” Malaysia ini sentiasa terjaga.
Sumber: TikTok

3 hours ago
4































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















