Nama pelakon Hafidz Roshdi sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial selepas dia bertindak memuat naik satu hantaran terbuka yang ditujukan khas buat bekas isterinya, Shuhada Shukri.
Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, Hafidz secara terang-terangan meminta nombor telefon terkini anak sulung mereka, Humairah.
Artikel berkaitan: Netizen Komen Video Baru Hafidz Roshdi, Balasan Tuan Badan Buat Ramai Tak Selesa?
Artikel berkaitan: “Dia memang tak peduli” – Shuhada Langgar Perintah Mahkamah, Hafidz Roshdi Tak Dapat Jumpa Anak-anak

“Sila Reply WhatsApp & Jawab Call Saya”
Dalam perkongsian tersebut, Hafidz menyatakan tujuannya meminta maklumat berkenaan adalah kerana mahu berhubung terus dengan anaknya bagi mengetahui perkembangan serta bertanya khabar.
“Salam saya nak no Humairah latest supaya senang saya nak tanya khabar dia, nak tanya perkembangan sila reply ws dan jawap call saya, sekian terima kasih,” tulisnya sambil meletakkan emoji senyum.
Bukan itu sahaja, Hafidz turut ‘tag’ akaun Instagram bekas isterinya bagi memastikan pesanan tersebut sampai ke pengetahuan pihak sana.
Pun begitu, setakat artikel ini ditulis masih belum ada sebarang respon terbuka daripada pihak bekas isterinya berhubung tuntutan tersebut.
Sebagai info, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 2016 sebelum bercerai pada 2023, mereka berdua dikurniakan 2 orang anak.
Sumber: Instagram

3 hours ago
4































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















