Rico Rinaldi Pelanggan Return Barang Dah Pakai

Belakangan ini, ramai peniaga bersuara mengenai penyalahgunaan kemudahan pemulangan barang (return) yang disediakan platform dalam talian.

Taktik licik ini telah menyebabkan kerugian buat para peniaga dalam talian. Perkara ini turut dialami oleh pereka fesyen tanah air, Rico Rinaldi yang berang dengan sikap pelanggan yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Rico, segelintir pelanggan yang tidak bertanggungjawab ini bertindak memulangkan barangan yang sudah digunakan atau digantikan dengan produk lain.

“Benda ni dah biasa berlaku dekat semua peniaga. Pelanggan pulang barang tapi dah pakai.

“Baju berbau, pulang tudung ada kesan make up, pulang minyak wangi tinggal separuh. Belum lagi pulang barang bukan barang kita,” luah Rico dalam Threads.

Artikel berkaitan: “Ini pendirian aku” – Rico Rinaldi Perjelas Sebab Gunakan Model ‘Bukan Muslim’ Untuk Gayakan Baju

Artikel berkaitan: Hati-Hati Dengan Panggilan Senyap, Ini Taktik Baru Scammer Yang Korang Patut Ambil Tahu

Katanya, selama ini dia hanya bersabar namun kali ini tidak mampu menahan diri apabila baru-baru ini seorang pelanggan memulangkan semula kasut yang dibeli tetapi dalam keadaan yang sudah digunakan.

Apa yang membuatkan dia lebih terkilan apabila pelanggan terbabit terus ‘senyap’ selepas ditanya.

Dalam pada itu, Rico menegaskan bahawa perbuatan sedemikian tidak wajar kerana bukan sahaja menyebabkan kerugian malah turut menyusahkan pihak penjual.

“Manusia jenis apa semua yang buat peniaga macam ni? Carilah semua peniaga yang kau buat macam tu dekat akhirat. Tak halal dunia akhirat,” katanya.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.