Kereta Dilanggar Di Lampu Isyarat

Seorang wanita tidak sedarkan diri selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Jumaat lalu.

Menerusi perkongsian ahli keluarga mangsa di laman Facebook, kemalangan terbabit berlaku kira-kira 6.30 pagi ketika kenderaan berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Dalam video dari rakaman papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik itu, menunjukkan kenderaan yang dibawa mangsa iaitu Perodua Myvi secara tiba-tiba dirempuh dari belakang oleh kereta jenama Isuzu di persimpangan lampu isyarat.

Menurut Marc, insiden pelanggaran itu telah memberi impak yang sangat kuat sehingga menyebabkan kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk.

Difahamkan, mangsa bersama suaminya di dalam kenderaan terbabit. Susulan kejadian itu, mangsa kini dalam keadaan kritikal dan berada di ICU.

“Pada ketika ini, kakak masih berada dalam keadaan kritikal, namun terdapat tanda-tanda sedikit peningkatan, dan pihak perubatan sedang memantau keadaannya dengan teliti,” kata Marc.

Artikel berkaitan: Wanita Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kereta Dipenuhi Barang & Pintu Berkunci

Artikel berkaitan: “Pengorbanan seorang suami, ayah & anak” – Pilu, Rutin Lelaki Ulang-alik 700km Demi Keluarga Berakhir Tragedi

Pihak keluarga cari saksi kemalangan

Sehubungan itu, pihak keluarga membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Jelas Marc, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada pihak yang terlibat.

“Kami tidak membuat sebarang kesimpulan selain daripada apa yang dapat dilihat dalam rakaman yang ada. Harapan kami adalah agar semua fakta dapat dijelaskan melalui siasatan rasmi, dan kebenaran kejadian dapat diketahui,” katanya.

Dalam pada itu, dia meminta orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat lanjut tampil bagi membantu siasatan.

Jika sesiapa mempunyai sebarang rakaman, gambar atau maklumat berkaitan kenderaan terlibat pada waktu tersebut, sila hubungi di talian 012-495 3251 (Marc).

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.