Satu video yang meruntun jiwa memaparkan barisan petugas kesihatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) memberikan penghormatan terakhir buat seorang penderma organ kini tular dan menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Allahyarham Muhammad Syukri Bazli, 31, yang merupakan seorang tukang masak di Kuala Berang, telah disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung, namun pemergiannya meninggalkan satu jasa yang cukup besar apabila keluarganya dengan hati terbuka bersetuju untuk mendermakan organ miliknya demi menyelamatkan nyawa insan lain.
Artikel berkaitan: “Doktor minta banyakkan doa” – Keadaan Along Eyzendy Kritikal, Organ Dalaman Semakin Lemah
Artikel berkaitan: Bandar Osaka Terima 21kg Jongkong Emas Dari Penderma Misteri Untuk Baiki Sistem Air
@dhuha20176Alhamdulillah, satu perkembangan yang cukup membanggakan hari ini. Rakyat Terengganu semakin terbuka dalam menerima konsep pendermaan organ satu langkah besar ke arah menyelamatkan lebih banyak nyawa. Tahun ini sahaja, 3 pesakit ICU telah menjadi wira tanpa nama, menyumbangkan organ mereka kepada yang memerlukan. Semoga usaha murni ini terus berkembang. Teruskan melangkah, HSNZ… setiap pengorbanan membawa sinar harapan.
♬ original sound – missygee – missygee
Keputusan sukar itu dibuat oleh ibu, bapa, serta isterinya, Nurul Hanis Amelia Ramli sebagai satu bentuk amal bakti terakhir buat arwah yang selama ini memang dikenali sebagai seorang yang sangat penyayang dan sentiasa ringan tulang membantu sesiapa sahaja yang dalam kesusahan.
Difahamkan, organ yang didermakan merangkumi buah pinggang, hati, tulang, dan kulit yang bakal memberi sinar baharu buat pesakit-pesakit kronik yang sangat memerlukan.
Perkembangan positif ini turut mendapat pujian daripada pemilik video asal, @dhuha20176, yang menyifatkan rakyat Terengganu kini semakin terbuka untuk memahami konsep pendermaan organ. Malah, arwah merupakan pesakit ICU ketiga di hospital tersebut yang menjadi ‘wira tanpa nama’ pada tahun ini sahaja. “Setiap pengorbanan membawa sinar harapan,” tulisnya dalam kapsyen yang penuh bermakna itu.
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut meluahkan rasa sebak dan mendoakan agar syurga buat Allahyarham Syukri, selain menyifatkan tindakan keluarganya sebagai satu pengorbanan yang sangat mulia ketika sedang menanggung perit kehilangan orang tersayang.

Sumber: TikTok

2 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















