Identiti buat ketiga-tiga mangsa yang ditemui lemas di sebuah kolam kumbahan yang terletak berhampiran Flat Sibu Jaya, Sarawak telah dikenalpasti semalam.
Dua daripada mangsa merupakan adik beradik iaitu Macx Devdynne Sharie Merdeka, 12, bersama adiknya, Macx Welwait, 9 dan seorang lagi rakan mereka iaitu Daniella Arissa Tayas Ak Maringgai, 10.
Artikel berkaitan: Bapa Dikhuatiri Lemas Lepas Berjaya Selamatkan Anak
Artikel berkaitan: Pelajar Tingkatan 1 Ditemui Lemas Selepas Terjun Ke Dalam Sungai Untuk Selamatkan Abang
Mangsa lemas 2 beradik & seorang rakan
Dalam pada itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak telah memaklumkan bahawa kesemua mangsa telah berjaya dibawa naik ke kawasan tebing kolam oleh dua orang awam.
JBPM Sarawak telah menerima panggilan kecemasan berkenaan dengan insiden itu kira-kira jam 4.03 minit petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya bergegas ke lokasi.

Kejadian tersebut melibatkan dua orang kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki sebelum mereka semua disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Dua kanak-kanak tersebut merupakan adik beradik dan kesemua mangsa disahkan meninggal dunia. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.”
Sumber : Sinar Harian

17 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















