Empat lelaki pelancong China didakwa terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan cuba merempuh anggota polis dalam kejadian di Kuala Perlis, Kangar.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai sebuah Toyota Innova berwarna perak dalam keadaan mencurigakan di Taman Sentosa, Kuala Perlis.
“Sepasukan anggota Task Force Balai Polis Kuala Perlis bersama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah dan Unit Risikan Polis Marin kemudian pergi ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan.
“Bagaimanapun, sebaik anggota polis memperkenalkan diri dan mempamerkan kad kuasa, suspek bertindak memecut laju untuk melarikan diri,” katanya.
Artikel berkaitan: Pelancong China Ditahan Polis Kerana B*nuh Wanita Trans Gara-gara Enggan Lakukan Hubungan Intim
Artikel berkaitan: Bertembung Dengan Pelancong China Yang ‘Riuh’, Netizen Puji Cara Pak Nil ‘Handle’ Situasi
Kenderaan dinaiki suspek kemudian cuba merempuh sekatan jalan raya di Kampung Wai sebelum berjaya dipintas dan ditahan anggota polis bertugas.
“Semasa berada di lokasi, suspek enggan membuka pintu kenderaan dan sekali lagi bertindak agresif dengan mengundurkan kenderaan sehingga hampir melanggar anggota polis.
“Polis terpaksa memecahkan cermin belakang serta cermin sisi penumpang hadapan sebelum berjaya membuka pintu kenderaan tersebut,” katanya.

Katanya lagi, kesemua suspek berusia antara 45 hingga 52 tahun itu cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan sebelum berjaya diberkas dan dibawa ke Balai Polis Kuala Perlis untuk tindakan lanjut.
Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemui pelbagai peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan pecah rumah.
Sementara itu, siasatan lanjut mendapati mereka masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan pas pelancong dan tidak mempunyai pekerjaan di sini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan mereka direman bagi membantu siasatan.
Sumber: Kosmo!

5 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















