“Ada anggota polis terlibat” – Pengedaran D*dah Ala ‘Pablo Escobar’ Di Langkawi Kembali Aktif Selepas 6 Tahun?

7 hours ago 8

Masalah penyalahgunaan dan pengedaran dadah di pulau peranginan terkenal, Langkawi, seolah-olah tidak menemui titik noktah. Meskipun pelbagai operasi telah dijalankan oleh pihak polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), wilayah berkenaan dikesan masih terus mencatatkan bilangan penagih yang tinggi.

Persoalan mengenai perkara itu akhirnya terjawab menerusi satu pendedahan eksklusif oleh Harian Metro semalam. Selepas enam tahun kematian ketua sindiket dadah licik yang dikenali sebagai ‘Pablo Escobar Langkawi’ atau Mat Nahar, kini muncul pula satu rangkaian baharu yang beroperasi secara tersusun di sekitar kepulauan tersebut.

Lebih mengejutkan, rangkaian pengedaran terbaharu ini dipercayai dianggotai oleh konco-konco lama Mat Nahar, namun kini didakwa didalangi oleh seorang anggota polis yang dikenali sebagai ‘Mr A’.

Artikel berkaitan: “4 kali saya dimasukkan ke hospital” –  Bekas Penagih Kongsi Bahayanya D*dah Sintetik

Artikel berkaitan: 27 Daripada 30 Ekor Kucing Gagal Diselamatkan Dalam Kebakaran Di Langkawi

Bukit Aman Turun Padang, ‘Bagok’ Berjaya Ditahan

Isu integriti yang melibatkan salah laku anggota penguat kuasa ini mendapat perhatian serius daripada pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, mengesahkan bahawa rangkaian pengedaran dadah yang dikaitkan dengan anggotanya itu kini sudah berada dalam siasatan dan tindakan pihak berkuasa. Beliau menegaskan bahawa anggota polis yang dimaksudkan itu juga kini diletakkan di bawah pemerhatian ketat untuk tindakan selanjutnya.

Cats 8

“Sebab itu, baru-baru ini, Bukit Aman sendiri turun menjalankan operasi kerana kita mahu berlaku adil apabila ia berkait dengan anggota polis di Langkawi sendiri.

Individu dikenali sebagai Bagok (ahli kumpulan sindiket) itu juga sudah ditahan selepas sebelum ini melarikan diri namun ketika ditahan tidak menemukan barang pengedaran dadah, jadi kita buat saringan ujian air kencing dan dia positif dadah,” katanya.

Siasatan Telus, Mohon Kerjasama Masyarakat

Mengulas lanjut mengenai status kes, suspek yang dikenali sebagai Bagok kini sedang disiasat dan akan dituduh di mahkamah atas kesalahan positif dadah. Bagaimanapun, dakwaan penglibatan anggota polis (‘Mr A’) sebagai dalang utama rangkaian tersebut masih lagi berada dalam proses siasatan yang mendalam.

Datuk Adzli turut menyeru masyarakat setempat yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti jenayah ini untuk tampil memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa demi memastikan rantaian sindiket tersebut dapat diputuskan sepenuhnya.

“Sehubungan itu, saya meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan ini salur terus kepada pihak polis supaya tindakan dapat diambil.

Jika ada maklumat berkaitan aktiviti ini segera lapor kepada pihak polis supaya rangkaian ini dapat dibanteras,” katanya lagi.

Pihak polis menegaskan tiada kompromi akan diberikan kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah, termasuklah dalam kalangan anggota penguat kuasa sendiri, demi menjaga keselamatan negara dan integriti pasukan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |