Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini mengemukakan saranan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara untuk mempertimbangkan pemberian insentif pengurangan kadar sewaan premis perniagaan, gerai, dan medan selera di bawah seliaan masing-masing.
Saranan ini dicadangkan untuk dilaksanakan sehingga penghujung tahun 2026 sebagai usaha menyokong golongan penjaja dan peniaga kecil.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming, menyatakan bahawa saranan ini adalah kesinambungan usaha proaktif Kerajaan MADANI dalam memelihara kebajikan rakyat. Beliau menjelaskan bahawa inisiatif ini sangat penting bagi membantu komuniti peniaga yang kini berdepan dengan peningkatan kos operasi.

Tambah Nga lagi, langkah strategik ini bertujuan untuk meringankan beban kos operasi, sekali gus memangkin pertumbuhan ekonomi di peringkat akar umbi, selain inisiatif ini juga diyakini dapat:
-
Memastikan kesinambungan operasi perniagaan.
-
Mengekalkan peluang pekerjaan.
-
Mengukuhkan daya tahan ekonomi komuniti setempat.
-
Membantu kestabilan harga barangan dan perkhidmatan untuk pengguna melalui pengurangan kos tetap peniaga.
Menyahut Cadangan MTEN
Nga berkata, cadangan ini juga merupakan maklum balas positif KPKT terhadap saranan daripada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang mahukan PBT membantu peniaga melalui insentif yang wajar sebagai langkah segera membantu rakyat.

Selain itu, KPKT turut memuji tindakan proaktif beberapa PBT yang telah mula melaksanakannya, termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah mengumumkan pengurangan kadar sewa sehingga 50 peratus bagi premis dan gerai tertentu.
Artikel berkaitan : KPKT Arah 156 PBT Perketat Langkah Jimat Tenaga Segera Di Seluruh Negara
Artikel berkaitan : Kebahagiaan Rakyat Kini Keutamaan, KPKT Fokus Usaha Perkukuh Kesejahteraan
Pengurangan sewaan ini melengkapkan pelbagai program bantuan sedia ada oleh Kerajaan MADANI seperti:
- Program bantuan keusahawanan dan inisiatif MyKiosk.
- Penaiktarafan medan selera dan pasar awam.
- Penyaluran bantuan tunai dan subsidi bersasar melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), serta bantuan BUDI MADANI (termasuk BUDI Diesel dan BUDI95).
Pihak kementerian akan terus bekerjasama rapat dengan semua PBT untuk meneliti kaedah pelaksanaan yang sesuai mengikut kemampuan kewangan dan keperluan setempat. Menurut Nga Kor Ming lagi, keutamaan kerajaan adalah memastikan tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.
Sumber : KPKT

8 hours ago
13































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















