Pelakon Zul Yahya didakwa sedang berdepan masalah kewangan teruk apabila perniagaan yang diusahakannya dikatakan kurang stabil.
Pelakon itu berkongsi luahan perasaan mengenai situasi terkini yang dihadapinya menerusi siaran langsung di TikTok.
Luahan itu turut dimuat naik semula oleh seorang warganet yang mendakwa Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya, 53, berdepan fasa sukar kerana perniagaan di premis makanan yang diusahakannya sedang berdepan masalah.
Keadaan itu menyebabkan ekonomi keluarga pelakon terbabit turut terjejas sehingga terpaksa keluar dari kediaman mereka dan tinggal di premis terbabit berikutan tidak mampu menjelaskan bil utiliti.
“Salam guys baru tengok TikTok Zul Yahya. Dia cakap bisnes kedai makan teruk, anak bini kena tidur dekat kedai, TNB rumah tertunggak.
“Dia plan nak cari tempat niaga yang ada crowd tapi modal tak cukup,” tulisnya.

Artikel berkaitan: Jalan Kaki Seorang Diri Dari Jam 4 Pagi, Netizen Dakwa Zul Yahya Ada Masalah Keluarga?
Artikel berkaitan: “Bukan lagi zaman nak kejar anak dapat berapa A” – Viral di Twitter, Netizen ‘Kecewa’ Zul Yahya Berhentikan Anak Dari Sekolah?
Prihatin dengan nasib Zul, warganet terbabit menyeru orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada pelakon filem yang popular pada pertengahan era 1990-an itu bagi meringankan beban ditanggungnya.
“Saya dapat sedekah yang mampu saja. Kalau korang sudi tolong guys contact dia ke. Insya-Allah semoga dipermudahkan,” katanya.
Menurut sumber, Zul kini mengusahakan restoran menu masakan kampung, Zul Yahya Recipe di Klebang Putra, Ipoh.
Sumber: Threads

2 hours ago
2































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















