Sumpah yang dibuat oleh seorang lelaki akhirnya memakan diri apabila dia dikatakan menerima balasan daripada sumpahan tersebut.
Perkara itu didedahkan oleh seorang peguam syarie yang berkongsi kisah mengejutkan melibatkan kliennya akibat bermain sumpah lafaz cerai.
Menurut Iezwan Ielias, kisahnya bermula apabila si isteri memfailkan pengesahan lafaz cerai di mahkamah kerana suaminya telah beberapa kali mengeluarkan lafaz taklik dan lafaz cerai kinayah hanya disebabkan si isteri bertanya mengapa mesej ramai wanita tidak elok.
Disebabkan tidak puas hati dan mahukan kepastian, si isteri menghubungi peguam untuk menguruskan fail pengesahan lafaz cerai di mahkamah.

Artikel berkaitan: Kamal Adli Berani Junjung Al-Quran, Bersumpah Tidak Pernah P*kul Isteri
Artikel berkaitan: “Bersumpah dengan nama Allah atau lebih baik diam” – Caprice Sumpah Atas Nama Ibu Bapa, PU Syed Beri Teguran
Sengaja tidak hadir mahkamah
Ketika kali pertama sebutan, pihak lelaki dengan sengaja tidak hadir ke mahkamah dan diberi tarikh sebutan kedua.
“Kali pertama sebutan di mahkamah, dia sengaja tak nak hadir. Defendan (suami) kata dia ada urusan tak dapat datang. Mahkamah masih bagi peluang, sebab sebelum itu isteri baru saja serahkan saman dan penyata tuntutan sehari sebelum hari kes.
“Jadi mahkamah bagilah tarikh hari sebutan kedua dalam dua minggu lebih dari tarikh pertama.”
Bagaimanapun defendan masih tidah hadir pada tarikh sebutan kedua dan berkeras tidak mahu memberi kerjasama untuk menyelesaikan isu pengesahan lafaz cerai terbabit.
“Tarikh kedua pun sampai, defendan masih dengan perilaku tak nak hadir, kalini dia kata tak akan bagi kerjasama dan lantaklah apa nak jadi dekat mahkamah.”
Berkali-kali sumpah
Susulan itu, si lelaki dikenakan notis amaran untuk hadir pada tarikh sebutan ketiga. Namun, pada hari kejadian, defendan berkali-kali melakukan sumpah bahawa dia tidak pun melafazkan cerai tersebut sambil mengatakan akan ditimpa musibah jika dia menipu.
“Defendan bersumpah berkali-kali atas nama mak dia, atas nama anak-anak dia yang dia tak lafazkan cerai berkali-kali itu.
“Dia sebut kalau aku tipu kamu (plaintif), aku keluar ni (naik motosikal), aku kena langgar dengan kereta. Sumpah memang aku tak lafaz.” katanya.
Namun, selang 10 minit kemudian, defendan terlibat kemalangan apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dari belakang.
Akibat kemalangan itu, defendan cedera parah dengan mengalami patah tulang rusuk, paru-paru bocor serta pendedarahan teruk di kepala dan kini berada di zon kritikal.
“Allahuakbar, benda yang biasa kita dengar dan momokkan betul-betul jadi pada client aku. Satu nasihat aku, jangan sesekali main dengan sumpah. Merana,” kata Iezwan Ielias.
Sumber: Threads

3 hours ago
5






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















