Ramai mungkin tak tahu, individu seawal usia 14 tahun sebenarnya sudah dibenarkan menjadi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Akta KWSP 1991.
Menurut KWSP, langkah itu bertujuan menggalakkan golongan muda memulakan simpanan lebih awal secara sukarela, sekali gus membentuk tabiat pengurusan kewangan sejak remaja.

KWSP berkata, simpanan awal memberi kelebihan jangka panjang kerana caruman berpotensi berkembang melalui kesan penggandaan dividen.
“Langkah mudah seperti menyimpan duit khususnya yang diterima pada musim perayaan boleh menjadi asas awal kepada pembentukan disiplin kewangan, walaupun golongan remaja bukan sasaran utama institusi itu,” katanya lagi.
Artikel berkaitan: Mad Nor Tegur Cara Perbelanjaan Gen Z, Betul Ke Golongan Muda Kini Hadapi Masalah Kewangan?
Artikel berkaitan: Boros Sampai Bankrapkan Negara Sendiri! Ini 7 Raja Paling Teruk & Kejam Dalam Sejarah Dunia
Selain itu, KWSP turut memperluaskan program literasi kewangan di sekolah dan universiti, dengan lebih 20,000 pelajar universiti menerima pendedahan berkaitan perancangan kewangan dan persaraan sepanjang 2025.
Dalam masa sama, program i-Saraan yang menyasarkan pekerja sendiri dan sektor tidak formal turut mencatat peningkatan apabila jumlah penerima insentif padanan kerajaan naik 35.9 peratus kepada lebih 720,000 orang pada 2025, manakala jumlah caruman meningkat kepada RM4 bilion.
Menurut KWSP, simpanan awal bukan sahaja membantu dana persaraan, malah boleh menyokong keperluan lain seperti pendidikan, pelaburan dan pemilikan rumah pada masa depan.
Sumber: Harian Metro

7 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















