Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2026 berlangsung penuh makna di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur dengan tema “Seteguh KASIH Ibu” bagi menghargai pengorbanan dan kasih sayang golongan ibu.

Majlis itu disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, sekali gus mencerminkan sokongan institusi diraja terhadap usaha memperkasa wanita dan institusi keluarga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata tema tersebut menjadi simbol penghargaan terhadap peranan ibu dalam membina keluarga dan masyarakat yang sejahtera.
Dalam majlis sama, KPWKM turut mengetengahkan Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti (BuAI) dengan tagline “Lebih Awal, Lebih Baik” yang menyediakan bantuan rawatan kesuburan kepada pasangan layak.
Artikel berkaitan: Kisah Anna Jarvis: Cipta Hari Ibu Tapi Menyesal Selepas Satu Dunia Meraikannya
Artikel berkaitan: [VIDEO] Sempena Hari Ibu, Anak Hadiahkan Cincin Emas Hasil Kumpul Duit Jual Jajan
Sehingga kini, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengendalikan lebih 373,000 kes subfertiliti dengan 6,513 kehamilan berjaya direalisasikan menerusi perkhidmatan kesuburan yang disediakan.
Turut diperkenalkan ialah Pakej Seteguh KASIH Ibu (PSKI) yang menawarkan sokongnan menyeluruh kepada para ibu melalui tiga komponen utama iaitu:
- Pakej Sayang Ibu – memfokuskan kesihatan wanita termasuk saringan awal kanser reproduktif dan subsidi mamogram
- Pakej Bonding KASIH Ibu – memperkukuh kesejahteraan emosi dan hubungan kekeluargaan
- Pakej Minda Tenang – menyediakan sokongan kesihatan mental untuk para ibu

Inisiatif itu diperkenalkan susulan tinjauan yang mendapati 65.9 peratus ibu berdepan kekangan masa untuk diri sendiri, khususnya melibatkan rehat dan pemulihan emosi.
Sumber: KPWKM

7 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















