“Gila tak expect” – Isteri Anggota Kumpulan K.O.I Dedah Tuannicky Adalah Vokalis Floor 88?

5 hours ago 13

Isteri kepada salah seorang anggota kumpulan K.O.I, Tuannicky iaitu Tasha Awie meluahkan rasa bangga atas kemenangan kumpulan muzik tersebut selepas mereka dinobatkan sebagai Anugerah Juala Lagu ke-40 (AJL40).

Berdasarkan hantaran di Threads, Tasha menzahirkan ucapan tahniah itu buat suaminya serta kumpulan K.O.I, namun ucapan tersebut telah membuat ramai netizen terkejut dan teruja.

Artikel berkaitan : AJL40 Raikan 4 Dekad Evolusi Muzik Malaysia, Iktiraf Faizal Tahir Dan Hael Husaini Sebagai Ikon

Artikel berkaitan : “Patutlah tak sedap hati tadi” -[Video] Vokalis Floor 88 Jatuh Rebah Masa Tengah Buat Konsert

Ayie rupanya – Netizen

Dalam hantaran tersebut, Tasha mendedahkan bahawa Tuannicky itu rupa-rupanya vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham.

Koi

Menjengah ke ruangan komen ia mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang sudah dapat hidu, ada yang terkejut dan teruja bahkan ada juga yang menanti-nantikan identiti anggota lain.

Koi 2 Koi 3

Tak boleh cakap ya, tak boleh cakap tidak – Ayie

Screenshot 2026 08 17 125143

Bagaimanapun tuan empunya badan ada tampil menjawab spekulasi berkenaan, kata pemilik nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah ini, dia tidak mengiyakan mahupun menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya menyerahkan kepada netizen untuk membuat andaian sendiri.

“Alhamdulillah, sebenarnya sebelum ini memang ramai yang bertanya sama ada itu saya atau bukan? Saya tak boleh cakap ya dan saya tak. Tetapi kalau mereka rasa itu saya, terpulang.”

Dalam pada itu, Ayie juga berkata bahawa identiti anggota K.O.I yang lain seperti Achoi, Khaza Raflex, Mya Nana dan Sapik Sam juga kekal menjadi rahsia.

Screenshot 2026 08 17 125302

“Untuk muka-muka lain, saya tiada komen kerana saya dapat rasakan mereka pun tidak akan dedahkan identiti sendiri disebabkan ada tugas hakiki yang perlu dijalankan.”

Jelasnya kepada mStar lagi, biarpun identiti sebenar sudah menjadi sebutan, dia tidak mempunyai hasrat untuk membuka topeng dan mendedahkan siapa disebalik K.O.I kerana perkara itu sedah menjadi sebahagian daripada imej kumpulan berkenaan.

“Tak ada perancangan buka topeng. Untuk K.O.I memang saya takkan bukan topeng. K.O.I sendiri takkan buka topeng dan itu adalah identiti K.O.I sampai bila-bila.”

“Kalau Floor 88, tetap Floor 88. K.O.I adalah K.O.I. Tapi kami berada dalam satu rumah yang sama dan satu pasukan yang sama.”

Berkenaan nama Tuannicky pula, Ayie akui bahawa nama itu digunakan untuk wataknya bersama K.O.I berbeza dengan identitinya sebagai Ayie.

“Untuk K.O.I memang saya letak nama Tuannicky. KAlau Floor 88, macam biasalah Ayie. Boleh dikatakan macam itulah. Saya tak kata ya untuk Tuan Nicky, saya tak kata tidak Ayie. Saya lebih selesa macam itu. Biar orang sendiri yang meletakkan siapa di sebalik topeng itu.”

Sumber : Threads, mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |