Penyanyi rap, Caprice diperintah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk membuat permohonan maaf serta membayar ganti rugi sebanyak RM220,000 kepada pendakwah terkenal, Ebit Lew atas tindakan memfitnahnya tiga tahun lalu.
Hakim Zuhrian Mohamed Nor turut mengarahkan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 40, memadam kenyataan dan video membabitkan pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo dalam tempoh 48 jam. Selain itu, Caprice juga dilarang daripada mengeluarkan atau membuat sebarang kenyataan berunsur fitnah mengenai Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 42, pada masa akan datang.
Artikel berkaitan: Lama Tak ‘Update’ Isu Semasa, Caprice Dedah Punca ‘Menghilang’ Di Akaun IG
Artikel berkaitan: “Pihak sana kena bayar berjumlah” – Caprice Menang Kes Injuksi Interim Ebit Lew
Dalam prosiding berkenaan, mahkamah turut menolak tuntutan balas yang dikemukakan oleh Caprice kerana mendapati ia tidak berasas.
Saman ini difailkan oleh Ebit Lew susulan tindakan Caprice memuat naik rakaman video bersama Mondy sebagai tetamu jemputan pada 15 September 2023. Plaintif mendakwa video berkenaan memberi gambaran seolah-olah beliau melakukan gangguan seksual, mengambil kesempatan terhadap wanita, serta merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab dan ‘penunggang’ agama.
Ebit turut mendakwa Caprice menerbitkan video itu secara jahat tanpa membuat sebarang pengesahan fakta dengannya atau pihak peguam, hingga mencetuskan pelbagai komen negatif, kecaman, ejekan, dan keaiban di media sosial.
Susulan keputusan itu, Ebit Lew menerusi hantaran di Facebook rasminya menzahirkan rasa syukur atas kemenangan tersebut.
“Alhamdulillah syukur pada Allah, saya menang saman terhadap Caprice. Beliau diperintah memohon maaf atas fitnah dan membayar keseluruhan RM220,000,” katanya.
Dalam perbicaraan ini, Ebit Lew diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, manakala Caprice diwakili peguam Mohd Rezan Ezra Muhammad Mosinal.
Menerusi muat naik video terbarunya, Caprice mengakui kecundang ‘2-0’ di Mahkamah Sesyen namun menegaskan perjuangannya belum berakhir. Beliau mendedahkan tuntutan balasnya adalah mengenai tuduhan dakwaan beliau ‘menolak ustaz dekat Mesir’ serta tuduhan kononnya menjadi punca penutupan cawangan Elews Mart.

3 hours ago
8






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















