Kalau tahun lepas The Knights Award bawakan nama besar seperti Peabo Bryson, Wayne Lai dan Gabriel Henrique ke pentas antarabangsa di Kuala Lumpur, tahun ini mereka kembali dengan barisan penerima yang tak kurang hebatnya.
Daripada penyanyi Indonesia Judika, penyanyi dan penulis lagu Malaysia Firdhaus, pelakon Hong Kong Linda Chung hinggalah pelakon Thailand Usha Seamkhum, The Knights Award Musim Ke-5 sekali lagi bersedia menghimpunkan pelbagai nama besar dari seluruh rantau Asia.
Dipersembahkan oleh The Knights Atelier, musim kelima ini secara rasmi membuka tirainya menerusi sidang media yang berlangsung di Takun Retreat Club, Templer Park, Rawang pada 29 Julai lalu.

Sepanjang empat musim terdahulu, The Knights Award telah meraikan lebih 180 kisah kecemerlangan daripada pelbagai bidang, sambil membina sebuah platform antarabangsa yang membuka ruang kepada kerjasama, hubungan rentas negara serta pelbagai peluang baharu.
Lebih daripada sekadar pengiktirafan untuk satu malam, The Knights Award komited untuk memberi impak jangka panjang menerusi pelbagai inisiatif susulan selepas acara. Para penerima akan mendapat sokongan menerusi kempen pemasaran strategik, penglibatan bersama artis, peluang networking di peringkat tinggi, penyelesaian yang disesuaikan mengikut keperluan, khidmat konsultasi dan banyak lagi, sekali gus membantu meningkatkan kedudukan serta pengaruh mereka di pentas global.
Musim ke-5 kembali ke Dewan Filharmonik PETRONAS

Macam musim lepas, Majlis Penganugerahan The Knights Award Musim Ke-5 sekali lagi akan berlangsung di salah satu lokasi paling ikonik di Malaysia iaitu Dewan Filharmonik PETRONAS, Menara Berkembar PETRONAS, KLCC.
Majlis tersebut dijadualkan berlangsung pada Oktober 2026 dan bakal menghimpunkan pemimpin perniagaan, selebriti, inovator, pemimpin pendapat utama serta pelbagai pihak berkepentingan dari Malaysia dan luar negara.
Bagi pihak penganjur, lokasi ini bukan sekadar memberi suasana eksklusif kepada malam penganugerahan, malah menjadi pentas untuk memperlihatkan kecemerlangan dan identiti Malaysia kepada tetamu serta delegasi antarabangsa.
Judika, Firdhaus, Linda Chung antara penerima diumumkan

Antara perkara yang paling mencuri perhatian pada sidang media baru-baru ini sudah semestinya pengumuman awal beberapa penerima anugerah bagi musim kelima.
Nama pertama yang diumumkan ialah Judika, penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia yang cukup dikenali menerusi lagu seperti Aku Yang Tersakiti dan Bukan Dia Tapi Aku.
Turut berada dalam senarai ialah Firdhaus, penyanyi dan penulis lagu Mandopop Malaysia yang baru-baru ini turut berduet bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerusi lagu Mandarin Be Like Water.

Bukan itu sahaja, The Knights Award turut membawa masuk beberapa nama besar industri hiburan Asia seperti Zhang Jizhong, pengarah, penerbit dan pelakon terkenal dari China serta David Chiang, pelakon, pengarah dan penerbit veteran dari Hong Kong.
Peminat drama Hong Kong pula mesti familiar dengan Linda Chung, pelakon dan penyanyi terkenal yang turut diumumkan sebagai salah seorang penerima musim ini.
Sementara itu, peminat filem Thailand pastinya kenal Usha Seamkhum, pelakon yang mencuri perhatian menerusi watak Amah dalam filem How to Make Millions Before Grandma Dies.
Dan kalau korang rasa senarai ini dah cukup besar, sebenarnya lebih ramai penerima anugerah dari Malaysia dan luar negara akan diumumkan ketika majlis penganugerahan pada Oktober nanti.
Sidang media bukan sekadar umum pemenang

Sidang media di Rawang itu turut menghimpunkan ahli Majlis Lords atau Council of Lords, rakan strategik, wakil organisasi penyokong, penerima terdahulu, tokoh awam terkenal dan wakil media.
Majlis Lords merupakan antara tonggak utama The Knights Award dan terdiri daripada nama-nama berpengaruh daripada pelbagai bidang.
Antaranya ialah:
- Dr Zyro Wong – Presiden Majlis
- YBM Adjunct Prof. Dato’ Sri Raja Rezza Shah Tengku Sri Kelana D’Raja – Pengasas dan Pengerusi Islamic Fashion Festival
- Y.M. Tengku Dato’ Dr Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj – Pengarah iKhasas Group
- Tan Sri Dato’ Sri Ong Tee Keat – Presiden Malaysia-China Silk Road Business Chamber
- Professor Tan Sri Datuk Dr Ghauth Jasmon – Presiden Pengasas Multimedia University
- JJ Delgado – Pemimpin di sebalik International Sales Day terbesar dalam sejarah Amazon
- Puan Sri Datuk Dr Shariffa Sabrina – Presiden Women’s Sport Fitness Foundation Malaysia
- Dato’ Aaron Aziz – Artis dan penerbit antarabangsa
- Dato’ Sasikala Devi Subramaniam – Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Tune Talk Sdn Bhd dan bekas Timbalan Ketua Polis Selangor
- Dr Kishva Ambigapathy – Pengerusi Commonwealth Youth Innovation Hub
- Dato’ Haji Ismail Nordin – Pengerusi Financial Consulting Cooperative Limited
- Datuk Dr A.T. Kumararajah – Naib Presiden National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia
- Esther Hor – Rakan Kongsi Naqiz & Partners
- Dato’ Jonathan Lim – Pengarah Urusan Systech Berhad
- Dr Jon Low – Pengasas Smileway Dental Clinic
- Bon Zainal – Pengasas Malaysia Bumiputra Designer Association
Dengan barisan daripada pelbagai industri ini, The Knights Award cuba memastikan platform tersebut bukan hanya tertumpu kepada dunia hiburan, tetapi turut merangkumi bidang perniagaan, inovasi, korporat, teknologi dan pembangunan masyarakat.
Tiga MoU strategik dimeterai

Musim kelima turut menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman atau MoU.
Pertama, The Knights Award meneruskan kerjasama dengan Commonwealth Youth Innovation Hub, sebuah platform antarabangsa yang menghubungkan 56 negara anggota Komanwel.
Kerjasama ini memberi fokus kepada usaha memperkasakan pemimpin muda, usahawan dan inovator melalui kerjasama rentas sempadan, perkongsian ilmu, jaringan global serta pelbagai inisiatif berimpak tinggi.
MoU kedua pula melibatkan Regal Global, yang dilantik sebagai Rakan Kediaman Rasmi bagi musim ini.

Syarikat penyelesaian pelaburan hartanah dan hospitaliti itu menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk jual beli serta penyewaan hartanah, pengurusan sewaan dan hospitaliti, bantuan penempatan semula, cadangan sekolah antarabangsa serta khidmat konsultasi program Malaysia My Second Home atau MM2H.
Melalui kerjasama ini, Regal Global akan menyokong keperluan penginapan serta hospitaliti tetamu dan delegasi antarabangsa The Knights Award.
MoU ketiga pula dimeterai bersama The Webxite, yang dilantik sebagai Rakan Penyelesaian IT Rasmi.
Firma pemasaran digital dan teknologi yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu akan membantu memperkukuhkan infrastruktur digital, keupayaan teknologi serta kehadiran dalam talian The Knights Award.
Barisan rakan kongsi musim kelima pun bukan calang-calang

Selain penerima dan ahli Council of Lords, musim kelima turut disokong oleh barisan rakan kongsi daripada pelbagai industri.
Antaranya:
- Commonwealth Youth Innovation Hub – Rakan Kerjasama
- Takun Retreat Club & Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC – Venue
- The Staple Group – Rakan Katering Rasmi
- ASTRO & New Media Center of Hainan Broadcasting Station – Rakan Media Rasmi
- JUSS – Rakan Penjenamaan
- Millennium Motors – Rakan Automotif Rasmi
- WKV Holdings – Rakan Teknologi
- Party Eventilicious – Rakan Hiasan Acara Rasmi
- Branding Association Malaysia & Malaysia-China Silk Road Business Chamber – Organisasi Penyokong
- Naqiz & Partners – Penasihat Undang-undang
- Influasia – Rakan PR Rasmi
- The Webxite – Rakan Penyelesaian IT Rasmi
- NP ASIA – Rakan Penghidratan Rasmi
- Regal Global – Rakan Kediaman Rasmi
- TK Stable – Rakan Ekuestrian
- JDX Tea – Rakan Hadiah Premium
- Aspect Production: Rakan Produksi
- 3CM: Rakan Ukiran
Bukan sekadar menang anugerah satu malam

Sama seperti musim-musim terdahulu, The Knights Award membawa idea bahawa pengiktirafan tidak sepatutnya berhenti selepas seseorang naik ke pentas menerima anugerah.
Penerima turut disokong menerusi pelbagai inisiatif penjenamaan strategik yang bertujuan meningkatkan keterlihatan, memperkukuh kredibiliti serta menghubungkan mereka dengan peluang dan jaringan antarabangsa.
Platform ini membawa tiga misi utama iaitu Establish, Empower dan Enable.
Establish memberi fokus kepada pembinaan jaringan pemimpin yang boleh menyumbang kepada kejayaan komuniti perniagaan serta pertumbuhan ekonomi.
Empower pula memberi tumpuan kepada usaha memperkasa perniagaan dan individu melalui kecemerlangan jenama serta kepimpinan pasaran.
Manakala Enable membuka ruang kepada lebih banyak kerjasama rentas sempadan dan rentas industri bagi memperluaskan pendedahan pasaran serta mewujudkan kejayaan bersama.

Presiden The Knights Award, Dr Zyro Wong berkata musim kelima ini menandakan satu lagi pencapaian penting buat platform berkenaan, terutamanya menerusi kerjasama berterusan bersama Commonwealth Youth Innovation Hub.
Menurutnya, kerjasama tersebut turut membantu mengukuhkan misi The Knights Award untuk memposisikan Malaysia sebagai hab global bagi keusahawanan, budaya dan pembangunan lestari, sambil membuka lebih banyak peluang kerjasama rentas sempadan.
Pencalonan musim ke-5 kini dibuka

Selain pengumuman penerima anugerah dan kerjasama strategik, sidang media tersebut turut memperkenalkan kategori anugerah, kriteria penilaian, prosedur pemilihan serta proses pencalonan bagi musim kelima.
Tetamu serta wakil media turut diberi peluang berinteraksi secara langsung dengan jawatankuasa penganjur untuk mengemukakan soalan serta memberikan maklum balas mengenai anugerah dan program akan datang.
Jadi kalau korang atau organisasi korang rasa ada pencapaian yang layak diketengahkan di pentas antarabangsa, pencalonan The Knights Award Musim Ke-5 kini dibuka secara rasmi.

Dengan barisan penerima dari Malaysia, Indonesia, Hong Kong, China dan Thailand, kerjasama antarabangsa yang semakin besar serta lokasi ikonik di Dewan Filharmonik PETRONAS, musim kelima nampaknya sekali lagi mahu menjadikan Kuala Lumpur sebagai titik pertemuan pelbagai industri dan bakat dari seluruh dunia.
Oktober nanti, kita tengok siapa lagi yang bakal diumumkan sebagai penerima The Knights Award Musim Ke-5.
Untuk maklumat lanjut, lawati website, Instagram, dan Facebook rasmi The Knights Award!



6 hours ago
7






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















