Seorang doktor dari pusat perubatan kerajaan dibelasah oleh sekumpulan penduduk selepas kenderaan yang dipandunya itu terlanggar seekor lembu luar yang terletak di Badaun, Uttar Pradesh, India pada Selasa.
Kata polis, doktor yang dikenali sebagai Dr Rahul Siddharth sedang memandu menuju ke pasar apabila kenderaannya itu terlanggar lembu yang berada di atas jalan.
Artikel berkaitan: Kes Pelajar Kolej Vokasional Maut Dibelasah: 107 Kesan Kecederaan Pada Tubuh Mangsa, Dianiaya 13 Rakan
Artikel berkaitan: ”Jaga ayah baik-baik” – Orang Ramai Titip Kata Semangat Kepada Keluarga Mangsa OKU Dibelasah Di Pasar
Kena pukul sebab terlanggar lembu liar

Penduduk yang berang kemudian didakwa menyeret mangsa keluar sebelum memukulnya biarpun doktor tersebut merayu supaya dimaafkan.
Dalam kejadian yang berlaku, menerusi satu rakaman video, ia memperlihatkan orang ramai memecahkan cermin kenderaannya menggunakan batu dan kayu serta cuba terbalikkan SUV tersebut.
Polis yang tiba kemudiannya menyelamatkan mangsa, manakala lembu terbabit dibawa untuk menerima rawatan sebelum mati. Suspek yang merupakan 4 lelaki yang berusia antara 25 dan 30 tahun itu telah ditahan, mereka disiasat atas kesalahan cubaan membunuh dan merusuh.
Bagaimanapun, pemeriksaan perubatan mendapati doktor berkenaan tidak mengalami kecederaan serius.
Sumber: Sinar Harian

8 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















