Ft Sumud

Pensyarah Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan Semasa di Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Izhar Ariff telah mengambil cakna tentang kontroversi yang melibatkan seorang peserta Sumud 2.0 iaitu pelakon Ardell Aryana, yang dikatakan tidak sesuai untuk menyertai misi tersebut.

Isu ini dikatakan timbul apabila netizen mempertikai tindakan suaminya, Nadzmi Adhwa yang membenarkan pelakon tersebut menyertai misi kemanusiaan itu buat kali kedua.

Oleh sebab itu, Dr Izhar menerusi Facebook miliknya kongsikan hukum bagi seorang suami atau isteri yang menyertai misi kemanusiaan tersebut agar semua faham dengan isu yang diperkatakan ini.

Artikel berkaitan: “Isteri bakal peserta mengadu..” – Dr Mohd Izhar Dakwa Ada Peserta SUMUD 2.0 Culas Jalankan Tanggungjawab Sebagai Suami

Artikel berkaitan: “Korang nak simpan bini dalam rumah, silakan” – PU Rahmat Pertahan Tindakan Ardell Aryana Sertai Misi Sumud

Boleh jatuh haram dan jadi harus

Izhar Ariff 1

Berikut antara penjelasannya:

“Haram isteri terlibat misi berisiko ini jika suami tidak izin dan urusan rumahtangga terabai. Jihad menjaga rumahtangga lebih besar daripada melibatkan diri dalam misi yang tidak diredai suami atau ibu bapa.

“Jika suami dan Ibu bapa mengizinkan pemergian isteri, maka hukumnya harus selagi syariat terjaga.

3548846

Haram isteri pergi walaupun suami izin jika tidak dapat dipastikan keselamatan syariat, batas pergaulan, Ikhtilat di atas kapal dll oleh pihak NGO. Jika semua keperluan syariat dan keperluan wanita dapat dipenuhi oleh pihak NGO, maka hukumnya harus.

“Haram suami terlibat dengan misi jika tanggungjawab dan nafkah keluarga diabaikan sebelum dan selepas dia terlibat. Ini kerana menjaga nafkah keluarga adalah jihad yang lebih besar berbanding terlibat dengan misi.

“Sekiranya nafkah dan keperluan keluarga telah ditinggalkan seperti harta, duit belajar anak dll ketika suami meninggalkan negara atau meninggal dunia akibat musibah ketika misi maka hukumnya adalah harus.”

Oleh itu, beliau turut menasihatkan kepada peserta, jika mereka telah memenuhi segala keperluan, tidak menjadi masalah untuk menyampaikan amanah rakyat Malaysia buat penduduk Gaza.

Namun bagi yang tidak mendapat kebenaran, tidak perlu memaksa diri sehingga bercerai berai. Kata beliau, Nabi sendiri tidak akan membenarkan sahabatnya untuk terlibat dengan jihad jika tiada keizinan ibu bapa. Malah, bagi yang merasakan menjaga ekonomi keluarga dan Malaysia lebih penting, maka usahlah halang mereka yang terlibat.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.