“Ingat ko femes sangat ke kami nak tumpang” – Kamal Adli Ajak Tareq Fit Bersemuka

13 hours ago 12

Kenyataan yang diberikan oleh TikToker sensasi, Tareq Fit dalam satu sesi audio siar baru-baru ini telah mengundang rasa kurang senang terhadap pelakon, Kamal Adli.

Menerusi Threads, Kamal Adli ada kongsikan keratan video audio siar tersebut yang memaparkan kenyataan daripada Tareq Fit sambil meluahkan rasa bengang serta mencabar jurulatih kecergasan tersebut.

Artikel berkaitan: “Awak dulu g*muk tapi tak pergi dakwah” – Nizam Jentik-Jentik Berdebat Sampai Tareq Fit Terdiam?

Artikel berkaitan: “Sebut nama saya dalam podcast, block saya pulak” – Ustaz ‘Hilang Sabar’ Dengan Sikap Tareq Fit

Artis suka buat content mengarut demi naikkan engagement – Tareq Fit

Dalam video tersebut, Tareq mengatakan golongan artis gemar melakukan kandungan mengarut demi menaikkan rating. Malah,Tareq memberikan petunjuk bahawa antara artis yang bersikap tersebut adalah ‘Ketua Threads’ di mana ia seolah-olah ditujukan kepada seseorang artis.

“Artis-artis ini kebanyakan mereka nak engagement, nak batu api, positif negatif dia tak kisah, janji aku nak followers, janji aku nak engagement, sebab apabila engagement dia tinggi, ramai orang akan hire dia, macam buat paid review, market dia akan naik, especially seorang yang Ketua Threaads, siapa dia, fikir sendiri lah.”

“Dia suka provok untuk naikkan nama dia, dia suka naikkan nama dia, lepas tu nama dia akan naik jadi akan dapat peluang atau tawaran, yang ini kena berhati-hati, ketua utamakan siapa-siapa jangan utamakan aku pun, utamakan siapa-siapa yang Insya-Allah, ikut pandangan kau dan istiqomah dengan Allah.”

“Bukan istiqomah tayang aurat, bukan buat content mengarut, buat content haram, tak betul, ketua kena menjadi contoh yang baik.”

Kau siapa dow, jom jumpa la bro – Kamal Adli

Kamal Adli yang netizen gelarkannya sebagai ‘Ketua Threads’ rasa terpanggil dengan kenyataan tersebut. Dia yang juga golongan artis memberikan respon sinis dengan mempersoalkan kredibiliti Tareq yang membuatkan ramai artis ingin ‘menumpang’ popularitinya.

Kamal Adli turut menempelak Tareq dengan mengatakan bahawa individu itu yang mencari salah orang untuk menjual ebook selain meminta Tareq untuk bersemuka dengannya.

Screenshot 2026 04 08 142043

Terdahulu, Tareq Fit menjadi perhatian umum berikutan dengan kontroversi yang melibatkannya dengan seorang personaliti media sosial, Ojen Aiwah.

Namanya semakin menjadi perhatian apabila ramai individu termasuk para artis mula berasa tidak senang dengan kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.

Sumber : Threads, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |